Makarios III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Makarios III
Makarios III and Robert F. Wagner NYWTS cropped.jpg
Presiden Makarios di New York, Amerika Syarikat, 1962
Presiden Cyprus Pertama
Dalam jawatan
16 Ogos 1960 – 15 Julai 1974
Naib PresidenFazıl Küçük (1959–1973)
Rauf Denktaş (1973–1974)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehNikos Sampson (de facto)
Dalam jawatan
7 Disember 1974 – 3 Ogos 1977
Naib PresidenKosong
Didahului olehGlafcos Clerides (pemangku)
Digantikan olehSpyros Kyprianou
Uskup Agung Cyprus
Dalam jawatan
18 September 1950 – 3 Ogos 1977
Didahului olehMakarios II
Digantikan olehChrysostomos I
Butiran peribadi
Lahir(1913-08-13)13 Ogos 1913
Panayia, Paphos, Cyprus
Meninggal dunia3 Ogos 1977(1977-08-03) (umur 63)
Nicosia, Cyprus
Parti politikTiada[1]
Alma materUniversiti Athens
Universiti Boston
ProfesionAgamawan
Tandatangan

Makarios III (Bahasa Yunani: Μακάριος Γ΄; nama lahir: Michael Christodoulou Mouskos, Μιχαήλ Χριστοδούλου Μούσκος; 13 Ogos 1913 – 3 Ogos 1977) merupakan seorang agamawan dan negarawan Cyprus. Beliau tidak sahaja berkhidmat sebagai Uskup Agung mentadbir Gereja Ortodoks negaranya sendiri (1950–1977) tetapi juga menjawat sebagai Presiden Cyprus yang pertama dari 1960 hingga 1977. Beliau dianggap sebagai 'Bapa Negara' atau Ethnarch di Cyprus.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Michael Christodoulou Mouskos dilahirkan di kampung Panayia di Daerah Paphos. Pada 1926, berumur 13 tahun, beliau dimasukkan ke Biara Kykkos sebagai orang baru. Pada usia 20 tahun, dia dihantar ke Gimnasium Pancyprian di Nicosia di mana beliau menamatkan pendidikan menengahnya pada 1936. Beliau menghabiskan tahun-tahun yang sukar dalam Perang Dunia II untuk mempelajari teologi dan undang-undang di Universiti Athens, dan lulus pada 1942. Makarios III mengambil tugas seorang paderi di Gereja Ortodoks Cyprus sambil mengekalkan minat dalam teologi akademik; beliau mendapat biasiswa Majlis Gereja Dunia untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Boston di Massachusetts.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Makarios masih adakalanya memihak dengan Parti Demokratik Cyprus (DIKO).
  2. ^ Varnava, Andrekos; Michael, Michalis N. (26 Julai 2013). "The Archbishops of Cyprus in the Modern Age: The Changing Role of the Archbishop-Ethnarch, their Identities and Politics" (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. Dicapai pada 17 April 2017 – melalui Google Books.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]