Mardhiyyah Johari
Mardhiyyah Johari | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Pengkalan Kundor | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Ismail Salleh (PH–AMANAH) |
Majoriti | 11,032 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mardhiyyah binti Johari Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Mardhiyyah binti Johari merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Pengkalan Kundor sejak Ogos 2023.[1][2] Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).
Latar Belakang dan Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Mardhiyyah Johari berusia 36 tahun, sudah berkahwin dengan seorang pensyarah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kodiang,Kedah seterusnya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh,Kelantan & SMK Jitra, Kedah.
Menyambung pengajian tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam bidang Undang-Undang.
Pekerjaan
[sunting | sunting sumber]Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian), beliau menjalani latihan dalam kamar (chambering) di Tetuan Badrul Samad Faik & Co., Sungai Petani sehingga ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 26 Januari 2014.
Kini beliau telah 10 tahun beramal sebagai Peguam Sivil dan Syarie. Beliau beramal sebagai peguam di firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Mar Johari & Co.[1] yang terletak di Alor Setar Kedah.
Aktiviti Kemasyarakatan dan Politik
[sunting | sunting sumber]Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) , beliau merupakan ketua sayap wanita muda dengan taklifan sebagai Ketua Pengarah Ameerah Malaysia.
Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah dan Setiausaha Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) Kedah.
Dalam NGO, beliau memegang tanggungjawab selaku Ketua Kluster Undang-Undang Pertubuhan Advokasi & Hak Asasi Manusia Antarabangsa Malaysia (i-Aware) dan Penasihat Association of Research, Development & Women Empowerment Malaysia (ARWA).
Beliau turut menulis sebuah buku bertajuk Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia yang mengandungi pandangan tentang isu-isu hak asasi manusia dari kaca mata Islam dan kemanusiaan.
Pada Pilihanraya Umum Negeri yang ke-15, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional melawan Dato' Dr Ismail Salleh, Pengerusi Parti Amanah Kedah dan menang dengan majoriti besar 11,032 undi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N17 Pengkalan Kundor | Mardhiyyah Johari (PAS) | 22,349 | 66.38% | Ismail Salleh (AMANAH) | 11,317 | 33.62% | 33,868 | 11,032 | 73.25% |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Kedah". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-17.
- ^ "YB. MARDHIYYAH BINTI JOHARI". mmk.kedah.gov.my.
- ^ "The Star Online GE15 in Kedah". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.