Pergi ke kandungan

Ameerah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ameerah
Maklumat am
Jenis/bentuk sahPertubuhan wanita Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1 Oktober 2011; 14 tahun yang lalu (2011-10-01)
Pengurusan
PengarahYB Mardhiyyah binti Johari
Organisasi indukDewan Muslimat PAS
GabunganParti Islam Se-Malaysia Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ameerah Malaysia adalah sebuah entiti kepimpinan wanita muda di bawah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Ia dianggotai oleh ahli wanita muda PAS di bawah usia 40 tahun. Ia ditubuhkan pada 1 Oktober 2011 di Pulau Pinang serta dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ketua Pengarah Ameerah Malaysia yang terkini adalah YB Mardhiyyah binti Johari.

Ameerah terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti politik, kemasyarakatan, kebajikan serta diskusi-diskusi ilmiah. Ameerah sudah bertapak di 14 negeri seluruh Malaysia termasuk di kawasan-kawasan dan cawangan-cawangan.

Pada 2024, Ameerah Malaysia telah melancarkan Sahabat Ameerah dalam Himpunan Ameerah Se-Malaysia (HAMRA) 3.0 di Pahang. Sahabat Ameerah telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ybhg Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Pendaftaran Sahabat Ameerah ini terbuka kepada semua wanita muda Malaysia berumur 18-40 tahun yang berminat untuk menjadi Sahabat Ameerah. [1]

Ketua Pengarah

[sunting | sunting sumber]
  1. YB Mardhiyyah binti Johari (2023-kini)
  2. YB Dr Ustazah Siti Mastura binti Muhammad (2021-2023)
  3. YB Zuraida binti Md Noor (2019-2021[2])
  4. Husna binti Hashim (2017-2019[3])
  5. Siti Farah binti Mohamed (2015-2017[4])
  6. Fareedah binti Samad (2011-2013, 2013-2015[5])
  1. ^ "Video Pelancaran Sahabat Ameerah".
  2. ^ https://pas.org.my/ahli-jawatankuasa-dewan-muslimat-pas-malaysia-sesi-2019-2021/
  3. ^ https://pas.org.my/ahli-jawatankuasa-dewan-muslimat-pas-malaysia-dmpm-sesi-2017-2019/
  4. ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-muslimat-pas-pusat-sesi-2015-2017/
  5. ^ https://pas.org.my/pimpinan-dewan-muslimat-pas-pusat-sesi-2013-2015/