Mario Maurer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mario Maurer
Kelahiran
Mario Maurer

(1988-12-04) 4 Disember 1988 (umur 35)
Nama lainNuttavut Maurer
PekerjaanPelakon, model, peragawan, penyanyi
Tahun aktif2004-kini
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
Laman web rasmihttp://www.ohohmario.com/

Mario Maurer (Bahasa Thai: มาริโอ้ เมาเร่อ, lahir pada 4 Disember 1988 di Thailand) ialah seorang model atau peragawan Thai. Beliau mula dikenali secara serius dalam area selebriti menerusi filem yang ditayangkan pada tahun 2007 iaitu The Love of Siam dan filem sleeper hit 2011 iaitu First Love.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Mario Maurer telah dilahirkan di Bangkok, Thailand. Merupakan lelaki kacak berdarah campuran orang Cina, dan orang Jerman.[1] belaiu bersekolah pada peringkat menengah di Sekolah St. Dominic di Bangkok dan kini melanjutkan pengajian di Universiti Ramkhamhaeng, dalam jurusan Seni Komunikasi. Maurer ialah seorang penganut Katolik Rom.[2]

Pada usia 16 tahun, Maurer telah mejadi model pengambaran untuk tujuan komersial, sisipan kulit muka majalah dan video muzik. Pada tahun 2007, beliau memulakan kariernya sebagai pelakon sebagai watak utama dalam filem bergenre percintaan berbahasa Thai iaitu The Love of Siam, sebuah filem arahan dan skrip penulisan oleh Chukiat Sakweerakul.[3] Dalam filem itu, Maurer memegang watak "Tong" yang hasilnya menjadikan beliau terkeal dan dihormati, serta mendapat reputasi positif segera oleh dunia hiburan dalam dan luar Thailand. Beliau telah memberi respon terhadap popularitinya seperti, "Saya tidak mahu membuatnya, Berlakon bukannya perkara yang harus ku lakukan." Namun ia bersetuju mengikuti pengambaran movie kerana beliau mempercayai pengarah "Chukiat" dan menerusi movie ia pasti memberinya banyak peluang. Beliau menyertai filem adalah untuk menghasilkan pendapatan bagi membantu keluarganya. Beliau dipercayai terkenal dalam filem itu kerana membawa watak sebagai seorang gay yang kacak.

Filem tersebut dibuat tidaklah mempromosikan adegan seksual dan romantis, tetapi ia memberi fokus kepada cinta 3 segi yang memerlukan pengorbanan dan lebih bersifat matang dan berfikir. Kebanyakan penganalisa filem memberi pandangan amat positif pada penghasilan dan lakonan filem tersebut.[4] Apabila ditanya mengenai babak ciuman dengan lelaki remaja iaitu Witwisit Hirunwongkul dalam filem The Love of Siam, Maurer menjawab, "Saya sangat gementar. Saya tak pernah cium lelaki dan mencium bukannya perkara yang kita lakukan seharian."[5] Maurer telah dicalonkan dalam Anugerah Filem Asia dalam kategori Pembantu Pelakon Terbaik untuk persembahannya dalam filem The Love of Siam, tetapi beliau kalah kepada pelakon filem Mongol iaitu Sun Hong-Lei.[6] Namun beliau menang sebagai Pelakon Terbaik dalam suatu anugerah filem di Asia Tenggara iaitu Festival Filem Antarabangsa Cinemanila ke-10. Persembahan beliau boleh dianggap sebagai "Pilihan lakonan matang dalam pelbagai situasi. Lakonan yang tenang yang penuh mendalam. Di bawah sikap yang tenang dan tenang di luar prestasi, dia memaparkan suatu bentuk perjuangan yang mendalam disamping berurusan dengan beban emosi, keluarga, rakan-rakan, lingkungan sosial dan kebangkitan nilai romantis dan seksual yang sederhana."[7]

Beliau juga memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Anugerah Filem Thai Starpics dan dicalonkan dalam Perhimpunan Pengkritik Bangkok dan Anugerah Bintang Hiburan.[8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Maurer (kanan) bersama abang dan ibunya.

Maurer ialah anak kepada pasangan Jerman, iaitu Roland (ayahnya) dan Warunya, ibunya berdarah campuran Cina/Thai.[9] Ayahnya seorang peniaga dan eksporter barangan jagaan diri seperti deodorant yang berformulakan tawas. Abangnya, Marco Maurer kelahiran Jerman ialah seorang rapper yang kini berada dalam perjanjian rekoding bersama N.Y.U. Club.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Nama watak Nota
2007 The Love of Siam Tong
2008 Friendship Singha
4 Romance Beaver Segment "Joob" or Kiss
Saranair Siblor Ekap สาระแนสิบล้อ
2009 Rahtree Reborn Rang
2009 Rahtree Revenge Rang
2010 Autumn Destiny Kim Min Ho
2010 First Love (A Little Thing Called Love) Shone
2010 Saranae Hen Pee TBA
2011 Crazy Little Thing Called Love: The Missing Years (Part 1.5) Shone

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biography Diarkibkan 2008-04-06 di Wayback Machine Mario Maurer (Thai)
  2. ^ Tong's blog theloveofsiam.com (Thai)
  3. ^ Love of Siam Diarkibkan 2007-11-25 di archive.today, Movieseer.com; retrieved 2007-12-29
  4. ^ "Queer cinema shines at Thai Film Awards". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-02. Dicapai pada 2011-06-24.
  5. ^ Saeng-Aroon, Vitaya. December 6, 2007. Love in a hot climate, The Nation (Thailand); retrieved 2007-12-13
  6. ^ Nominations & winners asianfilmawards.org
  7. ^ 10th Cinemanila International Film Festival
  8. ^ 2007 Thai film awards summary, Thaicinema.org, <http://www.thaicinema.org/news51_062rangwan.asp>. Retrieved on 17 February 2008 .
  9. ^ Interview with Mario Maurer Diarkibkan 2009-02-12 di Wayback Machine newswit.com (Thai)
  10. ^ Marco Maurer Diarkibkan 2008-09-30 di Wayback Machine nyuclub.com (Thai)


Pautan luar[sunting | sunting sumber]