Markisa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Markisa
Buah susu
Passion fruits - whole and halved.jpg
Buah markisa ungu
dan keratan rentasnya
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. edulis
Nama binomial
Passiflora edulis

Markisa (Jawi: مركيسا) atau buah susu (Jawi: ‏بواه سوسو‎‎, nama botani: Passiflora edulis)[1] merupakan sejenis spesies pokok menjalar dalam genus Passiflora yang tumbuh asli di selatan Brazil melalui Paraguay dan utara Argentina.[2]

Pokok markisa dikenali kerana buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Ia ditanam secara komersil di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika.

Botani[sunting | sunting sumber]

Bunga markisa di Singapura

Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Bunga markisa mekar pada buku batang dengan lebar 5–7.5 sm,[2][3] kuntum bunga ini terdiri daripada 5 salut oblong hijau dan 5 kelopak putih.[4] Dua-dua salut dan kelopak bunga markisa panjangnya 4–6 mm membentuk rumbai.[4]

Buahnya berisi seperti beri dan berbentuk sfera atau bujur telur. Diameter buah ialah 4–7.5 sm dengan kulit yang licin dan keras, kulit ini berwarna ungu dengan bintik putih halus atau berwarna kuning muda.[5]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Dua varieti pokok markisa yang biasa ditanam ialah varieti buah kuning (Passiflora edulis f. flavicarpa) dan varieti buah ungu (Passiflora edulis f. edulis).[6][5][7] Pokok markisa yang berbuah kuning tumbuh di dataran tinggi, buahnya lebih berat daripada buah markisa yang berwarna ungu.[5] Rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.

Pokok markisa yang sedang berbunga

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Passiflora edulis". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b Morton, Julia F. (1987). Fruits of warm climates. Miami, FL.: Purdue University Center for New Crops and Plant Products. m/s. 320–328. Dicapai pada 22 Mei 2022.
  3. ^ Boning, Charles R. (2006). Florida's Best Fruiting Plants: Native and Exotic Trees, Shrubs, and Vines. Sarasota, Florida: Pineapple Press, Inc. m/s. 168–171.
  4. ^ a b "Passifora edulis (passionfruit)". Centre for Agriculture and Bioscience International. 24 Mei 2022.
  5. ^ a b c Yahia, E.M. (2011). Postharvest Biology and Technology of Tropical and Subtropical Fruits: Mangosteen to White Sapote. Elsevier Science. m/s. 126. ISBN 978-0-85709-261-8. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  6. ^ Rukmana, Rahmat (2003). Usaha Tani Markisa. Yogyakarta: Kanisius. ISBN 979-21-0631-6.
  7. ^ "Passiflora edulis", Germplasm Resources Information Network, Khidmat Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, dicapai pada 7 Januari 2010 Invalid |mode=CS1 (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]