Mars Odyssey 2001

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mars Odyssey 2001
Gambaran artis pesawat angkasa Mars Odyssey 2001
PengendaliNASA
Jenis misiPengorbit
Satelit kepadaMarikh
Tarikh Masuk Orbit24 Oktober 2001
Tarikh Berlepas7 April 2001
Kenderaan PelancarDelta II
Laman web2001 Mars Odyssey
Jisim725 (331.8 + 348.7 bahan api) kg
Kuasa750W (Marikh)
Unsur orbital
Paksi semimajor3785 km
Ketaksepusatan0.0115
Kecondongan93.2 °
Tempoh orbit1.964

Mars Odyssey 2001 ialah pesawat angkasa NASA yang mengorbit planet Marikh. Pesawat ini membawa 3 instrumen penyelidikan utama, iaitu Themis, GRS dan Marrie. Alatan-alatan ini digunakan bagi menjalankan penyelidikan ke atas planet Marikh.[1] Diharapkan data daripada Odyssey dapat membantu menjawab persoalan sama ada kehidupan pernah wujud di Marikh.

Odyssey dilancarkan pada 7 April 2001 menggunakan roket Delta II dari Cape Canaveral, Florida, dan tiba di Marikh pada 24 Oktober 2001, 0230 UCT. Bagaimanapun, ia cuma memulakan misi sainsnya pada 19 Februari 2002.

Alatan[sunting | sunting sumber]

Marie (Martian Rediation Environment Experiment) atau Penyelidikan Persekitaran Radiasi Marikh ialah instrumen khas bagi memahami keadaan persekitaran di orbit dan permukaan planet Marikh. Persekitaran ini banyak dipengaruhi oleh radiasi dari angkasa terutamanya sinar kosmik.

Radiasi dari angkasa ini boleh menyebabkan kanser dan kerosakan sistem saraf utama manusia. Sebelum ini, penyelidikan ke atas persekitaran radiasi angkasa dijalankan di pesawat ulang-alik dan stesen angkasa.

Walau bagaimanapun, penyelidikan di pesawat ulang-alik dan stesen angkasa ini tidak begitu lengkap kerana pesawat ulang-alik dan stesen angkasa dalam magnetosfera bumi. Magnetosfera bumi sebenarnya merupakan suatu perisai semula jadi yang menghalang kebanyakan radiasi angkasa sampai ke permukaan Bumi.

Marie akan menjalankan penyelidikan persekitaran angkasa yang sebenar kerana Odyssey berada di luar magnastosfera Bumi. Penyelidikan ini penting sebagai persediaan bagi angkasawan NASA untuk mendarat di Marikh pada suatu hari nanti.

Sementara itu, sekumpulan ahli ankronomi AS, Britain, Australia dan Belgium telah menemui 8 buah lagi planet ekstrasuria itu mempunyai sifat yang amat menarik dari segi jisim, jarak orbit dan nilai eksentrik, yang mana magnitudnya mungkin membolehkan kewujudan kehidupan di planet-planet ini.

Planet yang pertama mengorbit bintang HD114783 mempunyai jisim yang sama nilainya dengan jisim planet Musytari dengan mengorbit bintangnya pada jarak purata 180 juta kilometer, dan mempunyai nilai eksentrik 0.10.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kesan penerokaan Odyssey ke Marikh". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-03.[pautan mati kekal]