Mary Magdalene

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mary Magdalene
Gross St Martin - Grablegungsgruppe - Maria Magdalena.jpg
Penitent Mary Magdalene by Nicolas Régnier, Palace on the Water, Warsaw
Disciple
Lahir Date unknown
Place unknown
Meninggal Date unknown
Place: possibly Saint-Maximin-la-Sainte-Baume, Ephesus, Asia Minor [1]
Dihormati oleh Eastern Orthodoxy
Roman Catholic Church
Anglican Communion
Lutheranism
other Protestant churches
Bahá'í Faith
Hari perayaan July 22
Atribut

Western: alabaster box of ointment

Eastern: container of ointment (as a myrrhbearer), or holding a red egg (symbol of the resurrection); embracing the feet of Christ after the Resurrection
Naungan Apothecaries; Kawit, Cavite; Atrani, Italy; Casamicciola Terme, Ischia; contemplative life; converts; glove makers; hairdressers; penitent sinners; people ridiculed for their piety; perfumeries; pharmacists; reformed prostitutes; sexual temptation; tanners; women

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Mary Magdalene atau 'Maria Magdalena' atau Maria dari Magdala ialah seorang tokoh agama dalam agama Kristian . Beliau dianggap sebagai wanita kedua terpenting dalam Perjanjian Baru selepas Mariam (Mary) ibu kepada Nabi Isa / Jesus [2]. Maria Magdalena mengembara dengan Nabi Isa sebagai salah seorang pengikutnya. Beliau hadir pada dua peristiwa penting Nabi Isa iaitu : penyaliban dan kebangkitan. Dalam empat buah Injil, nama Maria Magdalena disebut 12 kali, lebih daripada kebanyakan pengikut Nabi Isa yang lain. Beliau disifatkan sangat berani, berani di sebelah Nabi Isa ketika saat-saat penderitaan, kematian dan seterusnya.

Injil Lukas mengatakan tujuh syaitan telah keluar dari beliau[Lukas 8: 2].Injil Markus mengatakan bahawa Isa telah membuang tujuh roh jahat keluar dari Maria Magdalena. [Mk. 16: 9] ."Tujuh iblis" ditafsir sebagai penyakit kompleks, tidak kepada sebarang bentuk dosa.[3] Maria Magdalena hadir semasa penyaliban Isa dan semasa peristiwa Sabat. Injil berkanun iaitu [Matius 28: 1-8] [Mark 16: 9-10] [Lukas 24:10] [John 20:18] menggambarkan beliau bersendirian dan wanita pertama yang memberi keterangan kepada kebangkitan Jesus[4]. John 20 dan Mark 16: 9 menamakan beliau sebagai orang pertama yang telah melihat Isa selepas kebangkitan-Nya.

Ahli teologi ortodoks Augustine melabel beliau sebagai "Rasul kepada para Rasul". Beberapa sarjana mendakwa Maria Magdalena sebagai pelacur , 'kekasih gelap' atau isteri Yesus dan ibu kepada anak-anak mereka.

Namun, Mary Magdalene dianggap sebagai suci oleh Gereja Katolik, Ortodoks, Anglican dan Lutheran dengan sambutan perayaan 22 Julai setiap tahun. Sementara gereja Protestan menghormati beliau sebagai wirawati yang beriman, suci dan kudus. Gereja-gereja Ortodoks Timur juga memperingati beliau pada hari Ahad .

Identiti[sunting | sunting sumber]

Ada sarjana menyatakan Maria Magdalena ialah isteri Nabi Isa. Magdalena berasal daripada perkataan 'Magdala' iaitu sebuah kota pesisiran Galilea di Tiberias. Buktinya Maria Magdalena digambarkan membasahi kaki Jesus dengan air matanya dan menyekanya dengan rambutnya, kemudian mencium Nabi Isa dan meminyaki Nabi Isa dengan minyak wangi (Lukas 7:36-50; Markus 15:40, Matius 27:56, dan Yohanes 19:25). Seorang perempuan yang mencurahkan minyak wangi ke kepala, ke kaki, dan menciumi lelaki tersebut, merupakan upacara atau adat yang biasa dilakukan dalam perkahwinan melibatkan golongan bangsawan Yahudi dahulukala.

Beliau salah seorang daripada wanita yang menyertai rombongan Nabi Isa semasa menyebarkan Injil di Galilea. Perempuan lain yang turut serta ialah Yohana isteri Khuza dan Susana.

Menurut Bible juga, Maria Magdalena juga merupakan orang pertama yang mendapati makam Nabi Isa kosong dan kemudian orang pertama yang melihat Nabi Isa Bangkit (Yoh. 20:1-18).

Maria Magdalena isteri Nabi Isa[sunting | sunting sumber]

Gospel of Jesus' Wife, recto.

Menurut apokrif 'The Gospel of Mary' yang ditemui pada 1896, terdapat dialog antara kedua murid Nabi Isa iaitu Peter dan Levi seperti berikut:

Dan Peter berkata, "Apakah Sang Penyelamat betul-betul berbicara dengan seorang perempuan tanpa sepengetahuan kami?

Apakah kami akan berpaling padanya dan semua mendengarkannya? Apakah dia lebih menyukai dia (Magdalena) daripada kami?"

Dan Levi menjawab, "Peter, kau selalu tidak sabar. Sekarang aku melihatmu menentang perempuan itu seakan seorang musuh. Jika Sang Penyelamat menghormati dia, siapa sebenarnya kau hingga berani menolak perempuan itu? Pastilah Sang Penyelamat mengenalnya dengan baik. Kerana itulah dia menyintainya lebih daripada kita." 

Injil Philip yang ditemui di Mesir pada 1945 menyebut bahawa “Ada tiga orang yang selalu berjalan bersama Jesus: Maria, ibunya dan Maria, saudara ibunya dan Magdalena, yang disebut sebagai pasangannya. (Dia mencintai)nya, melebihi cintanya kepada murid-murid yang lain dan sering menciumnya di mulutnya. Murid-murid yang lain berkata kepadanya: “Kenapa engkau lebih mencintainya daripada kami?”. Sang Juru Selamat menjawab dan berkata: Kenapa aku tidak mencintai kalian seperti mencintai dia?" (59, 6-12; 63, 32- 64, 5).

Pada 2012 telah dijumpai artifak daun papirus bertajuk "Gospel of Jesus' Wife". Terdapat dialog "Isteri saya ... dia akan menjadi pengikut saya." Ayat ini bermaksud Nabi Isa telah berkahwin.

Ini bercanggah dengan dakwaan ajaran Kristian , Jesus (Nabi Isa) itu seorang bujang, tidak pernah berkahwin. Mana mungkin anak Tuhan yang memiliki kuasa seperti Tuhan menikah dan mempunyai anak. Sudah tentu akan wujud isteri Tuhan, menantu Tuhan, cucu Tuhan dan seterusnya.

Menurut pandangan Islam pula, tidak terdapat dalam sekian banyak hadis yang disahkan sohih oleh para ulama' ditemukan mengenai ucapan baginda Nabi Muhammad S.A.W tentang status Nabi Isa A.S sama ada berkahwin atau tidak. Juga tidak ditemukan mana-mana ayat dalam Al-Quran yang tertentu membincangkan tentang isu Nabi Isa telah berkahwin. Namun begitu terdapat suatu ayat dalam kitab suci Al-Quran yang dipetik seperti berikut:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan”. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat melainkan dengan izin dari Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab (yang tertentu). [QS. Ar Ra’d : 38].

Hubungan istimewa Jesus dengan Maria Magdalena, telah berabad-abad dibantah oleh gereja. Bahkan Maria Magdalena, difitnah sebagai seorang perempuan yang berdosa/penzina. Rujuk Injil Lukas-7:37.

Nabi Isa Berpoligami[sunting | sunting sumber]

Seorang pakar teologi Perjanjian Baru dan Gulungan Laut Mati, Prof. DR. Barbara Tiering, dari Universiti Sydney, Australia telah melakukan penelitian terhadap gulungan-gulungan Laut Mati (The Dead Sea Scrolls), selama 20 tahun dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa Jesus pernah beristeri, bahkan lebih daripada satu iaitu poligami.

Menurutnya, dalam sejarah kehidupan Nabi Isa, Nabi Isa pernah berkahwin bahkan dua kali. Upacara perkahwinan Nabi Isa dapat ditelusuri dalam Perjanjian Baru sendiri, iaitu dalam Injil Markus-14:3, Yohanes-12:3 dan Lukas-7:37 dan seterusnya. Maria Magdalena telah mencium Nabi Isa, menyapu rambut dengan minyak wangi yang mahal. Adat dalam masyarakat Yahudi ini hanya wujud semasa majlis perkahwinan. Seorang perempuan yang mencurahkan minyak wangi ke kepala, ke kaki, dan menciumi lelaki tersebut, menurut Profesor Thiering, adalah upacara perkawinan bangsawan Yahudi. Dalam masyarakat Yahudi, tidak akan pernah ada seorang perempuan pun, tanpa sebarang sebab datang mencium seorang lelaki yang bukan muhrimnya kerana perbuatan itu hukumannya adalah hukuman mati.

“Beranak cuculah dan bertambah banyak” (Kej. 1:27) dan pernyataan “Tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja” (Kej. 2:18).

Hasil kajian Prof. Dr Barbara Thiering menyatakan bahawa acara pernikahan Jesus dengan Maria Magdalena, diselenggarakan pada hari Jumaat, 22 September tahun 30 Masihi. Acara perkahwinanya diselenggarakan tiga tahun kemudian, iaitu pada 19 Mac tahun 33 Masihi, jam 12 malam. Keesokannya ,Jesus ditangkap dan disalibkan.

Menurut Prof. Dr Barbara Thiering lagi, pada 14 Jun 37 M, 4 tahun setelah penyaliban, lahirlah anak Jesus yang pertama, yang diberi nama Jesus. Anaknya yang ke-3 lahir pada 10 April 44 M. Namanya tidak diketahui. Anaknya yang ke-2 tidak ada maklumat. Perkawinan Yesus yang kedua berlangsung dengan seorang perempuan yang bernama Lidia. [5]

Kalau umat Islam, meragukan bahawa Jesus pernah berkahwin dan mempunya keturunan, maka buanglah keraguan itu jauh-jauh, kerana Allah SWT berfirman dalam Alquran :

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul sebelum engkau, dan Kami memberikan isteri-isteri dan keturunan kepada mereka. Dan tidak ada hak bagi seorang Rasul mendatangkan sesuatu ayat (atau mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Bagi tiap-tiap masa ada Kitab. (Qs.Ar-Ra’d: 38). [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saint Mary Magdalen. New Catholic Dictionary. 1910. Dicapai pada 2007-02-28. 
  2. ^ Morrow, Carol Ann. "St. Mary Magdalene: Redeeming Her Gospel Reputation". Liguori Publications [1]
  3. ^ "Saint Mary Magdalene". In Encyclopædia Britannica. 2011. 
  4. ^ Thompson, Mary R. Mary of Magdala, Apostle and Leader. New York: Paulist Press, 1995. ISBN 0-8091-3573-6
  5. ^ 'Jesus the Man: New Interpretation from the Dead Sea Scrolls Paperback' oleh B Thierin ; 1993
  6. ^ [http://mediaumat.com/kristologi/3185-58-siapa-bilang-yesus-hidup-membunjang.html [58] Siapa Bilang Yesus Hidup Membunjang?]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.