Masjid Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Abdul Rahman
د عبدالرحمان جومات
Abdul Rahman Mosque in March 2010.jpg
Pemandangan jauh dari Masjid Abdul Rahman pada 2010
Info asas
Lokasi Kabul, Afghanistan
Koordinat geografi 34°31′15″N 69°10′29″E / 34.520702°N 69.174686°E / 34.520702; 69.174686Koordinat: 34°31′15″N 69°10′29″E / 34.520702°N 69.174686°E / 34.520702; 69.174686
Agama Islam Sunni
Negara Afghanistan
Penerangan seni bina
Jenis seni bina Masjid
Gaya seni bina Islam
Disiapkan pada 2009
Spesifikasi
Kapasiti 10,000
Bil. kubah 14
Bil. menara masjid 2

Masjid Abdul Rahman (Dari: مسجد عبدالرحمان; bahasa Pashto: د عبدالرحمان جومات‎) adalah antara masjid yang terbesar di Afghanistan. Ia juga dikenali sebagai Masjid Besar Kabul. Ia terletak di dalam satu kawasan komersial bernama Def Afghanan yang berdekatan dengan Pasthunistan Square dan berhadapan dengan Hotel Plaza yang dulunya sangat popular. Bangunan masjid ini mempunyai tiga tingkat dan dibina di atas tanah seluas 3.5 ekar. Salah satu tingkat adalah khas untuk perempuan.

Masjid ini dinamakan sempena seorang ahli perniagaan Afghanistan yang berpengaruh iaitu Hajji Abdul Rahman yang telah meninggal dunia tetapi pembinaan masjid ini diteruskan oleh anak-anaknya. hajji Abdul Rahman telah memulakan pembinaan masjid ini pada 2001 tetapi ditangguhkan untuk beberapa tahun akibat daripada pita merah. Masjid ini mempunyai kapasiti untuk menampung 10,000 orang pada satu masa. Terdapat juga satu madrasah di dalam masjid ini dan sebuah perpustakaan yang mempunyai 150,000 buku.[1]

Semua pembinaan utama bagi masjid ini telah disiapkan pada lewat 2009 tetapi upacara perasmian dilakukan pada Julai 2012 dengan kehadiran bekas Presiden Afghanistan Hamid Karzai serta ramai lagi pegawai kerajaan.[1] Pembinaan masjid ini pada asalnya dikatakan direka oleh seorang arkitek Afghanistan yang bernama Mir Hafizullah Hashimi.[petikan diperlukan] Arab Saudi mnghulurkan bantuan sebanyak $100m bagi pembinaan masjid ini.[2]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Inggeris)Abdul Qadir Siddiqui (13 Julai 2012). "Karzai inaugurates huge mosque in Kabul". Pajhwok Afghan News. Diarkibkan daripada asal pada 24 Jun 2013. Dicapai 07 November 2017.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ (Inggeris)"Saudis fund $100m Kabul mosque, education centre". 23 November 2012.