Masjid Haji Piyada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Haji Piyada
Parsi: آرامگاه حاجى پياده بابا
Masjid Haji Piyada is located in Bumi
Masjid Haji Piyada
Masjid Haji Piyada (Bumi)
Lokasiberdekatan Balkh, Wilayah Balkh
Koordinat36°43′47.1″N 66°53′7.1″E / 36.729750°N 66.885306°E / 36.729750; 66.885306
JenisPuing
Panjang20 m
Lebar20 m
Sejarah
BahanBata tanah liat

Masjid Haji Piyada ḤĀJI PIĀDA atau Masjid Noh Gonbad (Parsi: مسجد نُه‌گنبد "Mosque of Nine Cupolas"), adalah sebuah bangunan yang berseni bina Samaniyah yang terletak di Wilayah Balkh kawasan utara Afghanistan. Dibina pad abad ke-9, ia dianggap sebagai binaan Islam yang paling awal di negara ini.[1][2][3]

Tapak ini dimasukkan ke dalam senarai 100 tapak yang dalam bahaya 2006 oleh World Monuments Fund.[4]

Masjid ini berukuran 20x20 meter. Dinding luar adalah dibina daripada bata tanah liat. Bahagian dalam dibahagikan kepada 9 bahagian yang pada asalnya ditutupi oleh kubah pada setiap satunya. Tiang dan lengkung yang membahagikan setiap bahagian didekorasikan dengan ukiran stucco, menggambarkan pelbagai jenis seni bina, segi gaya setanding dengan ukiran Kerajaan Bani Abbasiyah di Mesopotamia.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris)"Haji Piyada Mosque (Noh Gumbad)". World Monuments Fund. Dicapai pada 07 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ City of Balkh (antique Bactria), UNESCO website
  3. ^ Centre, UNESCO World Heritage. "City of Balkh (antique Bactria) - UNESCO World Heritage Centre".
  4. ^ World Monuments Fund's World Monuments Watch 1996-2006. – Retrieved on 12 November 2008. Diarkibkan 5 Januari 2009 di Wayback Machine
  5. ^ Archaeological gazetteer of Afghanistan (Title in French: Catalogue des sites archeologiques d'Afghanistan), Warwick Ball, Volume I & II, Editions Recherche sur les civilisations, Paris, 1982.