Masjid Biru, Tabriz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Biru

Masjid Biru (Bahasa Parsi: مسجد کبود Masjed-i Kabud, Bahasa Azeri: Göy məscid) adalah sebuah masjid bersejarah di Tabriz, Iran.

Ia dibina pada 1465 sewaktu pemerintahan Sultan Y'aqub ibn Uzun Hassan dari Ak Koyunlu oleh perintah Salehe Khatun, anak perempuan Jan Beigom Khatun pada perintahan diraja. Selepas kematian baginda, Uzun Hassan dikebumikan di bahagian selatan masjid.

Masjid ini telah dilanda teruk gempa bumi pada 1778, meninggalkan hanya laluan masuk iwan. Masjid ini dibina semula pada awal 1900-an oleh Kementerian Budaya Iran.

Ia dipanggil Masjid Biru oleh kerana jubin biru yang digunakan untuk meliputi bangunan. Kebanyakan jubin ini telah dipecahkan oleh gempa bumi. Meskipun begitu, sesetengahnya masih dapat dilihat pada dinding bangunan, terutamanya pintu masuk.

Tempatnya[sunting | sunting sumber]

Kini masjid ini terletak di Lebuh Imam, belakang Muzium Azerbaijan, Tabriz.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Galleri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 38°04′24.91″N, 46°18′03.88″E