Jubin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerja pemasangan jubin gaya Zellige di Istana El-Hedine, Meknes, Maghribi

Jubin ialah kepingan bahan tahan lasak seperti seramik, batu, logam atau kaca diproses yang umumnya digunakan untuk menutup atap, lantai, dinding, pancuran, atau objek lain seperti meja. Ia kadangkalanya juga boleh merujuk kepada unit serupa yang dibuat dari bahan-bahan ringan seperti kayu, dan batu galian yang biasanya digunakan untuk pemasangan di dinding dan siling.

Jubin sering digunakan untuk membentuk alas dinding dan alas lantai yang boleh disusun dari bentuk mudahnya sehingga ke corak mozek rumit. Jubin jenis nipis boleh digunakan pada dinding yang tidak memerlukan permukaan yang tahan lasak seperti pada lantai.