Masjid Jamek Tangkak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek Bandar Tangkak
Masjid Jamek Tangkak
Maklumat pentadbiran
ImamMohd Shafiee Bachok 2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiMasjid Jamek Bandar Tangkak, Jalan Dataran 1, Taman Sentosa , Tangkak 84900, Johor
Laman sesawang
TMJ berangkat ke Program Membudayakan al-Quran

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamek Tangkak merupakan sebuah masjid yang terletak di bandar Tangkak, Johor, Malaysia.[1] Lokasi masjid sangat berhadapan dengan Dewan Jubli Emas Tangkak di Jalan Hassan.

Keunikan masjid ini ialah terdapat bangunan masjid lama di dalam dataran masjid. Semasa pembinaan Masjid Jamek Tangkak yang baru, bangunan masjid lama telah dikekalkan kerana rekabentuknya adalah unik di Malaysia. Bangunan masjid lama yang berbentuk pentagon dan bumbungnya yang dibuat daripada konkrit pula berbucu lima dan enam. Bucu bumbung sebanyak lima melambangkan Rukun Islam dan bucu enam pula melambangkan Rukun Iman. Dinding masjid lama juga mempunyai ribuan tingkap kaca kecil untuk menggalakkan pengudaraan masjid, dewan solat masjid lama dapat kekal sejuk walaupun cuaca luar panas. Boleh dikatakan terdapat penerapan unsur unsur hijau semasa masjid lama dibina pada era 1960-an. Bangunan masjid lama ini telah bertugas fungsi menjadi sebagai perpustakaan dan dewan serbaguna.

Pejabat MAIJ dan Kadi Daerah juga telah dibina sebagai sebahagian daripada kawasan masjid.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]