Rukun Iman
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman, perkara ini didasarkan kepada Hadis Jibril[1]:-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
Selain itu penganut agama Islam juga perlu mematuhi 5 Rukun Islam.
(Lihat juga : Iman)
Isi kandungan
Dalil Al Quran tentang Rukun Iman[sunting | sunting sumber]
“ | " Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)[2] | ” |
Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Hari Akhirat
Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-
“ | " Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[3] | ” |
Dalil Hadis tentang Rukun Iman[sunting | sunting sumber]
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“ | " Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? |
” |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat
Nota kaki[sunting | sunting sumber]
- ^ Fatwa-Fatwa Kontemporer 3, By Yusuf Al Qaradhawi
- ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=136&t=mal
- ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=57&nAya=22&t=mal
- ^ http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=ind&ID=2