Tangkak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Tangkak
تڠكاق
Bandar
Tangkak Main Road.jpg
Bendera Bandar Tangkakتڠكاق
Bendera
Mohor rasmi bagi Bandar Tangkakتڠكاق
Mohor
Moto: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:

Negaraku
Negara  Malaysia
Negeri  Johor
Daerah Tangkak
Mukim Tangkak
Bandar Tangkak
Kerajaan
 • Jenis Majlis Daerah Tangkak
 • Yang di-Pertua Majlis Daerah Tangkak Tuan Mohd Masni bin Wakiman [2]
Luas
 • Daratan 147.18 batu persegi (381.2 km2)
Populasi (Anggaran 2015)
 • Jumlah 52,014 [3]
Poskod 84900
Kod kawasan +6069XXXXXX
Laman web Majlis Daerah Tangkak

Tangkak merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Tangkak merupakan sebuah penempatan yang telah lama dibuka, sebelum ia dibangunkan oleh Dato' Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar [4] pada akhir kurun ke-19. Nama asal Tangkak sebelum itu adalah Chohong

Tangkak memiliki 52,014 penduduk *(Anggaran 2015)[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tangkak mula diterokai pada abad ke-19 oleh kumpulan orang-orang dari Pagar Ruyung yang mula membuka Cohong. Kedudukan Cohong di negeri Melaka adalah perkampungan yang berhampiran dengan Tangkak yang telah diterokai pada abad ke-18. Kumpulan yang membuka Tangkak telah menyusuri sebuah anak sungai di hulu Sungai Kesang mudik ke hulu menuju ke arah Gunung Ledang. Di tebing sebelah kiri sungai terdapat sebuah bukit. Mereka meredah hutan berpaya menuju ke bukit tersebut dengan merangkak melalui akar-akar dan rotan yang menjalar di hutan berpaya.

Setelah perkampungan berjaya dibuka, mereka sering berulang alik ke tempat asalnya Cohong dan apabila diajukan pertanyaan "Engkau duduk tang mana?", maka dijawabnya "Aku duduk tempat tang merangkak sana! Oleh kerana sering disebut perkataan "tempat merangkak" atau "tang merangkak" maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak.

Pada tahun 1901, Kerajaan Johor mewujudkan sistem pentadbiran moden apabila Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar Tangkak. Taraf daerah diberikan dan pentadbirannya bergelar Pegawai Daerah. Ketika itu Negeri Johor mempunyai Sistem Pesuruhjaya Kerajaan yang mengetuai pentadbiran daerah yang besar dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir daerah yang kecil.

Selepas tamat perang dunia kedua, sistem pentadbiran daerah telah diubah. Jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah dihapuskan dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir Daerah Besar, manakala Penolong Pegawai Daerah mentadbir daerah kecil. Tangkak merupakan daerah kecil pada ketika itu.[6]

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Bandar Tangkak juga berhampiran dengan Gunung Ledang yang merupakan pusat pelancongan dan mempunyai pemandangan yang indah dan air terjun yang jernih. Ia juga bersempadan dengan Jasin, Melaka dan lebih kurang 45 minit dari bandar Melaka. Dari Kuala Lumpur, Tangkak hanya kira-kira 2 jam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar ke Tol Tangkak dan belok ke kanan. Dan bandar Tangkak hanya kira-kira 3 minit dari Susur keluar tol. Ia terletak dalam daerah Ledang.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Tangkak seperti bandar-bandar lain di Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang baik dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti sekolah, hospital dan pusat pendidikan seperti Kolej Matrikulasi Johor, Institut Latihan Perindustrian Sagil, Kolej Komuniti Ledangdan Pusat Kegiatan Guru Tangkak.

Tarikan utama[sunting | sunting sumber]

Tangkak dikenali di kalangan penduduk tempatan dengan gelaran Syurga Kain atau Bandar Fabrik kerana mempunyai banyak kedai kain yang menjual pelbagai fabrik yang cantik. Memang tidak dapat dinafikan apabila menjejakkan kaki ke Tangkak, kita boleh lihat dari kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan deretan kedai-kedai kain tersebut.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Bandar Tangkak hanya 17km dari Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di Johor. Gunung ini dapat dilihat dengan jelas dari mana-mana sudut bandar Tangkak. Gunung Ledang terkenal dalam lagenda Puteri Gunung Ledang.

Taman perumahan[sunting | sunting sumber]

  • Kampung Baru 1
  • Kampung Baru 2
  • Taman Tangkak 2
  • Kampung Payamas Dalam
  • Taman Gunung Emas
  • Taman Lagenda
  • Taman Damai
  • Taman Sialang
  • Taman Maju Jaya
  • Taman Happy Garden
  • Taman Intan Tangkak
  • Taman CHI Ming
  • Taman Ikhtiari
  • Taman Tangkak Jaya 5
  • Kampung Padang Lerek 1
  • Kampung Padang Lerek 2
  • Taman Emas
  • Taman Anggerik
  • Taman Mega Mas
  • Kampung Sri Makmur
  • Kampung Anjung Batu
  • Kampung Bukit Banjar
  • Kampung Solok
  • Kampung Anjung Batu
  • Taman Mega Ria Fasa 2
  • Kampung Pengkalan Besar
  • Kampung Bukit Kecil
  • Bandar Baru Tangkak

Pekan berhampiran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Muar - Daerah asal sebelum di pecahkan menjadi daerah Ledang dan ditukarkan nama kepada Tangkak sebagai daerah ke sepuluh.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
  2. ^ [1]
  3. ^ [2]
  4. ^ [The Plus Guide to Peninsular Malaysia, The West Coast and Central peninsular, with a Special Supplement for the East Coast States. PROJEK LEBUHRAYA UTARA_SELATAN BERHAD, 1996]
  5. ^ [3]
  6. ^ Sejarah Tangkak