Masjid Mukim Razaleigh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Mukim Razaleigh
مسجد مقيم رزالي
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamMohd Saifuldin Bin Mohamed 2017 (Imam Besar)
Mat Razali Bin Mat Yunus 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-GM-00023
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan
LokasiMasjid Mukim Razaleigh,
Daerah Galas,
18300 Gua Musang,
Kelantan Darul Naim
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Razaleigh

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Mukim Razaleigh merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah kawasan pekan di Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan Darul Naim.[1] Masjid ini dipercayai merupakan masjid terawal dibina dalam Jajahan Gua Musang (dahulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan) dan dijadikan sebagai masjid bandar (iaitu masjid besar dalam suatu daerah atau jajahan)[2].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan lama (tapak asal)[sunting | sunting sumber]

Bangunan kayu[sunting | sunting sumber]

Masjid ini dipercayai dibina sebelum tahun 1940-an menggunakan binaan kayu. Masjid ini juga merupakan masjid bandar (masjid kepala jajahan) dan masjid pertama di Gua Musang sebelum terbinanya Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra.

Masjid ini juga menjadi saksi kekejaman komunis menguasai Tanah Melayu di mana seorang wanita mengandung dibunuh oleh askar komunis dan terpaksa dikebumikan di sebelah masjid (ketika itu masih dengan binaan kayu) sebelum ahkirnya kubur tersebut masuk ke dalam ruang solat tatkala proses baikpulih dan perluasan masjid[3].

Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan hanya mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah ramai menyebabkan kedudukan pusara Allahyarham berada di dalam ruang solat masjid sehingga sekarang[4].

Pusara tidak dialihkan bertujuan untuk menjadi renungan dan menjadi bukti sejarah terhadap kekejaman komunis.

Tahun demi tahun berlalu, madrasah berkenaan dinaik taraf menjadi masjid dan diperbesarkan dari semasa ke semasa sehingga menyebabkan kubur Nik Mah berada dalam ruang solat masjid seperti mana yang dapat disaksikan pada hari ini.

Bangunan batu-bata[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Februari 1978, bangunan masjid yang baharu dibina di atas tapak yang sama bagi menggantikan bangunan kayu yang lama ( ketika itulah kubur wanita tersebut dimasukkan ke dalam ruang solat utama). Masjid tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu.Masjid tersebut kemudian dinamakan sempena nama beliau kerana sebelum ini, nama masjid itu hanyalah : Masjid Pekan Gua Musang, Ulu Kelantan (sebagaimana terdapat pada kapsyen gambar kulit majalah Pengasuh pada awal 80-an).

Menurut imam masjid tersebut, dahulu kubur tersebut dipagar dengan besi dan dapat dilihat secara jelas. Namun, atas saranan seorang mufti, kubur ini ditutup dengan kotak kayu supaya tidak menganggu tumpuan jemaah yang singgah bersolat.[5]

Bangunan baharu[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2012, YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah telah mengemukakan cadangan kepada ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah untuk membaik pulih masjid lama yang telah uzur dan sering dinaiki air saban tahun. Mereka kemudiannya bersetuju untuk membina masjid baharu di tapak balai polis lama yang terletak kira-kira 500 meter dari tapak asal[6].

Sebenarnya idea untuk menaiktaraf masjid sedia ada memeang telah diajukan sejak PRK Galas November 2010 dan pihak jawatankuasa pembinaan masjid telah menerima sumbangan daripada Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika itu. Cuma, projek tersebut dimulakan hanya enam tahun selepas itu. Sebelum PAS menjalin kerjasama dengan UMNO, PAS tidak berpuas hati dengan projek tersebut kerana ia juga melibatkan Pejabat PAS Jajahan Gua Musang, PASTI Al-Akhlaq dan sebuah gelanggang futsal yang mana tempat tersebut mungkin perlu dirobohkan dan/atau dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid[7]. Sehingga sekarang, pihak UMNO masih memohon dengan pihak PAS untuk perkara tersebut dan ia masih di peringkat perbincangan memandangkan pihak UMNO berhajat untuk menjadikan pejabat dan PASTI tersebut sebagai tempat parkir kenderaan masjid baharu.

Faktor-faktor pembinaan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Masjid Razaleigh yang baharu dibina kerana bangunan yang lama tidak lagi mampu menampung tambahan jemaah yang semakin meningkat saban tahun. Hal ini kerana pertambahan penduduk di bandar Gua Musang sejak awal 2000-an dengan wujudnya taman perumahan baru antaranya Bandar Utama, Taman Cindai dan banyak lagi perumahan lain di dalam mukim Bandar Baru. Sebelum terbinanya masjid yang yang baharu, para jemaah dari taman perumahan tersebut serta seluruh kawasan bandar dan sekitarnya meliputi Kg Tanah Puteh hingga ke Bandar Utama, dari Chin Teck hingga ke Kg Kundor terpaksa bersolat jumaat di Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra. Dengan terbinanya masjid tersebut, dapatlah ia menampung lebih ramai jemaah dari anak mukim Bandar Lama untuk solat di masjid mukim mereka sendiri. Selain masjid ini, ada beberapa masjid lain di Gua Musang yang sedang dinaiktaraf. Antaranya, Masjid Taman Wangi, Masjid Nur Iman Taman Damar - Kesedar Jaya, Masjid Al-Muqarrabin Kg Kundur dan Masjid At-Taqwa Kg Lembaga. Terdapat juga masjid yang masih dalam peringkat cadangan iaitu Masjid Kg Tanah Puteh.

Selain itu, masjid lama tidak lagi sesuai untuk solat jumaat kerana tiada tempat letak kenderaan yang mencukupi bagi menampung kehadiran jemaah yang terlau ramai; memandangkan masjid tersebut terletak di celah-celah petempatan di Bandar Lama. Parkir yang sedia ada juga terletak agak jauh dari masjid. Ianya menyukarkan para jemaah lebih-lebih lagi jika membawa kereta.

Masjid yang lama tidak sesuai digunakan kerana masjid tersebut sering dilanda banjir. Kedudukan masjid yang terletak di tepi Sungai Galas juga mendedahkan masjid kepada risiko banjir dan tanah runtuh di tebing sungai. Banjir yang berlaku saban tahun menyebabkan masjid dan peralatannya rosak dan sering diganti dengan yang baharu. Banjir paling teruk berlaku pada akhir 2014 (dua tahun selepas cadangan naiktaraf diutarakan) yang menenggelamkan masjid dan mengakibatkan kerugian yang besar. Oleh sebab itu, banjir pada tahun tersebut menjadi faktor terbesar pembinaan masjid baharu kerana kemungkinan besar banjir akan berlaku lagi pada masa akan datang[8]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Masjid baharu ini mula dibina pada April 2016. Masjid yang berkeluasan 99,000 kaki persegi ini bernilai lebih RM32 juta. Masjid ini dibina menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang mana idea tersebut datang daripada YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang sendiri. Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin. Ia dibina di atas tapak Balai Polis Lama Gua Musang seluas 1.5 hektar. Bangunan baharu dijangka mampu menampung sehingga 3,500 orang jemaah (termasuk kawasan halaman masjid). Masjid baharu ini dilengkapi sembilan buah menara setinggi 30 meter dan lapan buah kubah mirip Masjidil Haram di Makkah[9]. Masjid ini juga mempunyai dua mihrab, halaman menyerupai mataf (tempat tawaf) yang bernama As-Sahn Asy-Syarif (الصحن الشريف)serta mempunyai 15 buah pintu iaitu:

  1. Pintu Raja Fahd (باب الملك فهد [الرئيسية]) [pintu utama]
  2. Pintu Al-Qibli A (باب القبلي - أ)
  3. Pintu Al-Qibli B (باب القبلي - ب)
  4. Pintu Raja 'Abdul 'Aziz (باب الملك عبد العزيز)
  5. Pintu Ajyad (باب أجياد)
  6. Pintu Nabi Isma‌‌‌il (باب إسماعيل عليه السلام)
  7. Pintu Ali ra (باب علي رضي اللّٰه عنه)
  8. Pintu Marwah (باب المروة)
  9. Pintu Nabi (saw) (باب النبي عليه الصلاة والسلام)
  10. Pintu Al-Fath (باب الفتح)
  11. Pintu An-Nadwah (باب الندوة)
  12. Pintu Al-Madinatain (باب المدينتين)
  13. Pintu Umrah (باب العمرة)
  14. Pintu Al-Imam A (باب الإمام - أ)
  15. Pintu Al-Imam B (باب الإمام - ب)

Masjid ini juga mempunyai beberapa buah koridor yang lapang yang mampu memuatkan lebih ramai jemaah. Antaranya:

  1. Koridor Al-Qibli (الرواق القبلي): Koridor ini terletak di sebelah timur masjid dan dapat dimasuki secara terus melalui Pintu Raja 'Abdul 'Aziz (باب الملك عبد العزيز), Pintu Ajyad (باب أجياد) dan Pintu Nabi Isma‌‌‌il (باب إسماعيل عليه السلام). Jika kita bersolat di kawasan ini, kita dapat melihat halaman di tengah.
  2. Koridor Mihrab (الرواق المحرابي): Koridor ini terletak di sebelah barat dan arah kiblat masjid dan dapat dimasuki secara terus melalui Pintu Al-Fath (باب الفتح), Pintu An-Nadwah (باب الندوة), Pintutu Al-Madinatain (باب المدينتين) dan Pintutu Umrah (باب العمرة). Jika kita bersolat di kawasan ini, kita membelakangi halaman (الصحن الشريف) dan dinding di hadapan kita. Solat berjemaah juga tidak dapat dibuat di situ; melainkan dengan meletakkan mihrab dan mimbar sementara (mudah alih) di saf paling hadapan dalam koridor tersebut (lebih-lebih lagi jika melibatkan jemaah yang ramai seperti solat jumaat dan solat sunat hari raya). Itulah sebab kenapa ia dinamakan dengan "mihrab".
  3. Koridor Saudi (الرواق السعودي): Koridor ini adalah "beranda" bagi dewan solat utama dan ia dinamakan sedemikian kerana bentuknya direka sama seperti bahagian dalam Masjidil Haram pada 1950-an hingga 2011 di bawah kerajaan Arab Saudi.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Memandangkan masjid ini menyerupai Masjidil Haram yang juga digelar Al-Haram Al-Makki (الحرم المكي), maka masjid baharu ini juga digelar Al-Haram Al-Ghari (الحرم الغاري الشريف) sempena nama Gua Musang itu sendiri.[10] Terdapat juga sebilangan orang yang tersalah anggap bahawa masjid baharu ini menyerupai Masjid Nabawi di Madinah; sedangkan ianya menyerupai Masjidil Haram di Makkah.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Razaleigh memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-GM-00023.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Razaleigh, Daerah Galas,
18300 Gua Musang,
Kelantan Darul Naim

Galeri[sunting | sunting sumber]

Masjid lama[sunting | sunting sumber]

Masjid baharu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]