Masjid Mukim Sungai Peria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Mukim Sungai Peria
[ Sila klik untuk melihat gambar masjid di Peta Google]
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHaji Ibrahim B Jaafar 2017 (Imam Besar)
Razapa B Mat Deris 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-KK-00022
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan
LokasiMasjid Mukim Sungai Peria,
Mukim Sungai Peria
Daerah Olak Jeram,
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Sungai Peria

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Mukim Sungai Peria merupakan sebuah masjid yang terletak di Mukim Sungai Peria Daerah Olak Jeram, 18000 Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.[1]

Masjid Mukim Sungai Peria merupakan salah satu masjid di jajahan Kuala Krai dalam daerah Olak Jeram. Masjid ini agak strategik berada di antara laluan jalan utama Kuala Krai - Gua Musang dan menjadi masjid utama persinggahan orang dari jauh. Ia juga terletak kira-kira 16 kilometer dari bandar Kuala Krai dan berpusat di Kampung Peria.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Binaan masjid ini mempunyai satu kubah besar dan bumbung bertingkat.Terdapat 3 aras di masjid ini dimana dua aras daripadanya merupakan ruang solat. Terdapat juga bilik-bilik dan pejabat di tingkat masjid ini. Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya. Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini. Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini. Masjid ini adalah antara masjid yang tertinggi di jajahan Kuala Krai.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang. Tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta. Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka dan luas yang boleh memuatkan 30 buah kenderaan dalam satu masa. Selain itu,terdapat juga meja rehat yang digunakan sebagai tempat berehat.

Kemudahan kamera litar tertutup (cctv) turut tersedia di masjid ini.

Ketika bencana Bah Kuning yang melanda Kelantan khususnya Kuala Krai, masjid ini menjadi kawasan utama tempat pemindahan banjir di aras dua (aras bawah turut ditenggelami air). Selepas banjir surut, perkarangan masjid menjadi tempat untuk para NGO dan pihak-pihak dari pelbagai sektor untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Orang-orang dari sekitar kampung-kampung bersebelahan seperti dari Kampung Peria Baru, Pahi, dan Kuala Krai turut menggunakan masjid ini terutama pada hari Jumaat untuk Solat Jumaat. Pelajar-pelajar sekolah yang tinggal di asrama juga solat di sini antaranya pelajar dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Darussalam Sungai Peria dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini sentiasa mengadakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang dapat menarik minat golongan muda untuk solat berjemaah di masjid. Disamping itu dapat meningkatkan jumlah para jemaah di masjid ini. Kuliah maghrib juga menjadi rutin di masjid ini. Setiap awal bulan pada hari Jumaat, pihak masjid menganjurkan forum khas kepada wanita iaitu Fiqh Wanita pada jam 3 petang. Orang dari sekitar Peria dan luar juga datang memeriahkan ceramah dan mendapatkan ilmu-ilmu agama.

Program-program lain seperti program keagamaan, sukaneka dan majlis merapatkan hubungan silaturrahim turut diadakan di perkarangan masjid ini.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Sungai Peria,
Mukim Sungai Peria
Daerah Olak Jeram,
18000 Kuala Krai,
Kelantan Darul Naim

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Sungai Peria memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-KK-00022.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Mukim Sungai Peria". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-23. Dicapai pada 2016-05-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]