Jajahan Kuala Krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuala Krai)
Kuala Krai
Jajahan Kuala Krai
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiكوالا كراي
 • Tulisan Cina瓜拉吉赖县
Bendera bagi Kuala Krai
Official seal of Kuala Krai
Jata
Official logo of Kuala Krai
Lambang
Location of Kuala Krai District in Kelantan
Location of Kuala Krai District in Kelantan
Map
Kuala Krai yang terletak di Malaysia
Kuala Krai
Kuala Krai
Location of Kuala Krai District in Malaysia
Koordinat: 5°30′N 102°10′E / 5.500°N 102.167°E / 5.500; 102.167Koordinat: 5°30′N 102°10′E / 5.500°N 102.167°E / 5.500; 102.167
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
KerusiP031 Kuala Krai
Kerajaan kawasan tempatanMajlis Daerah Kuala Krai
(dibahagian utara)
Majlis Daerah Dabong (dibahagian selatan)
Kerajaan
 • Ketua JajahanZulkifle Abdul Rahman[1]
Luas
 • Jumlah2,329 km2 (899 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah109,461
 • Kepadatan47/km2 (120/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Not observed)
Poskod
18xxx
Kod panggilan+6-09-9
Plat pendaftaran kenderaanD
Laman webptjkk.kelantan.gov.my
mdkkrai.kelantan.gov.my
mddabong.kelantan.gov.my

Kuala Krai merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Manik Urai dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35.

Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.

Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai bagi kawasan utara jajahan (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara) dan Majlis Daerah Dabong bagi kawasan selatan jajahan (dulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan).

Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa institusi pendidikan di Kuala Krai

Pasaraya dan Pusat Beli-belah[sunting | sunting sumber]

  • Pasaraya Econjaya Kuala Krai
  • Zon Ria
  • ECO RM2
  • Ceria 99
  • Gedung Ten Ten
  • Ceria Hari-Hari
  • 7 Eleven
  • Zon Cerah
  • Pasaraya PKT Guchil
  • Pasaraya Pantai Timor Kuala Krai
  • Pasaraya Jaya Gading Bukit Sireh
  • Mr. DIY Bukit Sireh
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia
  • Pasar Besar Kuala Krai
  • Happy Home
  • Pusat Pakaian Hari-Hari

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Stesen Bas SKMK Kuala Krai
  • Hentian Teksi Kuala Krai
  • Dataran Peladang (Hentian Bas Ekspres)
  • KFC Kuala Krai
  • Marrybrown Kuala Krai
  • Pizza Hut
  • Secret Recipe
  • Haji Din Satay
  • Hotel Damar
  • Damar Inn
  • Mikraj Hotel
  • Rest Inn
  • Hotel Al Saif
  • Gold Hotel
  • Pusat Meteorologi Kuala Krai

Hospital Kuala Krai yang baru bernilai RM 286 juta sedang dalam pembinaan. Ianya dijangka siap pada Mei 2017. Apabila siap kelak, hospital ini akan dijadikan hospital rujukan di bahagian Kelantan Selatan seperti Gua Musang, Machang dan Tanah Merah. Hospital ini merupakan hospital kerajaan pakar pertama Malaysia dan hospital ketiga terbesar di Kelantan. Hospital ini terletak 7 km dari pusat bandar Kuala Krai, berada bersebelahan jalan raya utama Kuala Krai/Gua Musang.

Bank-bank[sunting | sunting sumber]

Tempat Rekreasi dan Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

  • Air Terjun Lata Rek
  • Taman Tasik Krai
  • Taman Chintawangsa
  • Taman Burung
  • Kampung Lemang Manik Urai ( Berderetan gerai-gerai lemang di tepi jalan)
  • Air Terjun Lata Berangin
  • Air Terjun Jelawang
  • Gua Ikan
  • Gunung Stong
  • Jambatan Sultan Ismail
  • Pusat Kraftangan
  • Galeri Kuala Krai
  • Tangga Krai
  • Lata Chenulang
  • Mini Zoo Kuala Krai

Mukim-mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Batu Mengkebang
  2. Mukim Enggong
  3. Mukim Gajah
  4. Mukim Kandek
  5. Mukim Kenor
  6. Mukim Kuala Geris
  7. Mukim Kuala Krai
  8. Mukim Kuala Nal
  9. Mukim Peria
  10. Mukim Kuala Pahi
  11. Mukim Kuala Pergau
  12. Mukim Kuala Stong
  13. Mukim Mambong
  14. Mukim Manek Urai
  15. Mukim Manjor
  16. Mukim Telekong
  17. Bandar Kuala Krai

Bandar & Pekan[sunting | sunting sumber]

Kampung-kampung di Kuala Krai[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai – Perutusan Ketua Jajahan". Ptjkk.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2018. Dicapai pada 27 November 2017.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ptjkk tidak disediakan
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)