Masjid Peringgit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Peringgit
مسجد ڤريڠݢيت
Peringgit Mosque.JPG
Maklumat am
Cabang/mazhabMazhab Syafii (Sunni)
Dibuka pada1726 (asal)
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Ithnin Bin Mohd Nor 2015 (Imam Besar)
Hj Tsabit Bin Abdul Rahman 2015 (Timb. Imam Besar)
BilalHaji Hasnol Bin Rahim
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-MT-00146
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahMelaka Tengah
LokasiMasjid Peringgit,
Km. 4, Peringgit, 75400 Melaka.
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaahKira-kira 300 orang
KeluasanKira-kira 226 meter persegi
Bahan binaanBatuan laterit dan batu-bata era Belanda

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Peringgit merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka, Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid asal Peringgit yang dibina pada tahun 1414 Hijrah (1726 Masihi) telah musnah akibat sebuah kebakaran. Masjid baharu pula telah dibina pada tahun 1293 H (1868 M) dengan cara seni bina tradisional Melaka berbentuk empat segi; bahan binaan terdiri daripada batu laterit dan batu bata zaman Belanda sebagai asas dan dinding, Lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Loteng, perabung, kekisi tingkap dan pintu dibuat dari kayu. Tiga lapisan bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka. Gentingnya terdiri daripada genting china pada bahagian beranda dan genting Belanda pada bumbung tengah dan bumbung utama. Bahagian kubah atau puncak dibuat dari batu karang berukir seperti yang dapat dilihat.

Pada tahun 1978 dan 1979; kerajaan negeri Melaka telah menambah besar bahagian belakang masjid ini dengan binaan konkrit yang melenyapkan tangga utama, perigi, kolah, susunan terracotta dan batu-bata zaman Belanda di bahagian lantai terracotta di beranda ditukar kepada jubin moden. Di bahagian sisi sebelah kanan telah dibina binaan tambahan yang digunakan sebagai kelas Fardu Ain untuk kanak-kanak setempat.

Apabila Masjid Negeri siap dibina pada tahun 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dan kariah masjid berpindah ke Masjid Negeri. Masjid Peringgit digunakan oleh penduduk setempat untuk solat harian sahaja. Lama-kelamaan, banyak dari kerja kayunya yang rosak disebabkan anai-anai dan air hujan sehingga tidak lagi selamat untuk digunakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • A. Aziz, Azim (2016). Masjid - Selected Mosques and Musollas in Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: ATSA Architects. halaman 9–12. ISBN 978-983-3631-04-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]