Melaka Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Melaka Tengah
Transkripsi lain
 • Jawiملاك تڠه
 • Cina马六甲中央县
 • Tamilமத்திய மலாக்கா
Lokasi Daerah Melaka Tengah di Melaka
Lokasi Daerah Melaka Tengah di Melaka
Map
Melaka Tengah is located in Bumi
Melaka Tengah
Melaka Tengah (Bumi)
Koordinat: 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°E / 2.2709660664459235; 102.28883867839546Koordinat: 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°E / 2.2709660664459235; 102.28883867839546
Negara Malaysia
Negeri Melaka
PusatAyer Keroh
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(selatan)
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
(utara)
Kerajaan
 • Pegawai daerahShamsul Ambia Abdul Aziz [1]
Keluasan
 • Jumlah314 km2 (121 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah597,135
 • Kepadatan1,900/km2 (4,900/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
75xxx
Kod panggilan+6-06
Nombor plat kenderaanM


Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah

Melaka Tengah merupakan sebuah daerah dalam negeri Melaka, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 314 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 597,135 orang menjadikannya sebagai daerah paling ramai penduduk di Melaka dan daerah kesembilan paling ramai penduduk di Malaysia.

Di daerah ini terletaknya ibu negeri Melaka iaitu Bandaraya Melaka. Bandar-bandar lain termasuklah Bukit Baru, Ayer Keroh, Ayer Molek, Batu Berendam, dan Bandar Hilir.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Melaka Tengah ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di selatan dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di utara. Daerah ini berpusat di Ayer Keroh dan dibahagikan kepada 29 buah mukim, dua bandar dan sembilan pekan:-

Peta daerah Melaka Tengah

Bandar dan Pekan

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Melaka Tengah terletak di tengah negeri Melaka bersempadan dengan daerah Alor Gajah di utara, Jasin di timur dan Selat Melaka di selatan.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[3] Purata suhu ialah 27.44 °C (81.4 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[3] Purata kerpasan di Melaka Tengah adalah 1973.6 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 226.3 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 80.1 milimeter.[3]

Data iklim untuk Melaka Tengah (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.8
(80.2)
27.5
(81.5)
27.8
(82.0)
28
(82)
28.1
(82.6)
27.9
(82.2)
27.5
(81.5)
27.4
(81.3)
27.4
(81.3)
27.4
(81.3)
26.9
(80.4)
26.6
(79.9)
27.4
(81.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 99.9
(3.93)
80.1
(3.15)
130.3
(5.13)
167.8
(6.61)
169.3
(6.67)
160.8
(6.33)
195.4
(7.69)
220.3
(8.67)
143.9
(5.67)
193.7
(7.63)
226.3
(8.91)
185.8
(7.31)
1,973.6
(77.7)
Sumber: ClimateCharts[3]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970203,695—    
1980246,163+20.8%
1991296,897+20.6%
2000371,263+25.0%
2010484,885+30.6%
2020597,135+23.1%
Pecahan etnik di Melaka Tengah - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
65.8%
Cina
  
29.5%
India
  
4.0%
Lain-lain
  
0.7%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Melaka Tengah ialah seramai 597,135 orang dengan kepadatan penduduk 1,663 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 65 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 111:100. Terdapat 196,668 tempat kediaman dengan sebanyak 160,155 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 405 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 155 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 35 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 366,952
Cina 164,433
India 22,104
Lain-lain 3,940
Bukan warganegara N/A 39,706

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Melaka Tengah - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
63.4%
Buddha
  
25.2%
Kristian
  
3.7%
Hinduisme
  
3.6%
Tidak diketahui
  
3.5%
Lain-lain
  
0.5%
Tidak beragama
  
0.2%

Majoriti penduduk di daerah Melaka Tengah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Kristian diikuti agama Hindu. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut beberapa agama lain serta tidak beragama.[4]

Agama Jumlah
Islam 378,361
Buddha 150,336
Kristian 21,928
Hindu 21,419
Lain-lain 3,116
Tidak beragama 1,307
Tidak diketahui 20,668

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Daerah Melaka Tengah boleh dihubungkan melalui beberapa laluan persekutuan seperti Laluan Persekutuan 5 dari arah Masjid Tanah (utara) dan Jasin (selatan), Laluan Persekutuan 19 dari arah Alor Gajah (utara) dan Jasin (selatan).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (email@dotdot.my), Dot Dot Holdings Sdn Bhd. "Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Direktori Pegawai". Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Direktori Pegawai.
  2. ^ (email@dotdot.my), Dot Dot Holdings Sdn Bhd. "Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Profil Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Profil Daerah.
  3. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Bemban". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  4. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/