Masjid Plumbum, Shkodër

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Plumbum
2013-10-03 Lead Mosque, Shkodër 0214.jpg
Kawasan air di sekitar Masjid Utama
Info asas
LokasiShkodër, Albania
Koordinat geografi42°02′47″N 19°29′58″E / 42.0465°N 19.4995°E / 42.0465; 19.4995Koordinat: 42°02′47″N 19°29′58″E / 42.0465°N 19.4995°E / 42.0465; 19.4995
NegaraAlbania
StatusDilindungi
Disiapkan pada1773
Bahagian selatan masjid
Pemandangan dari Istana Rozafa

Masjid Plumbum (Bahasa Albania: Xhamia e Plumbit), juga dikenali sebagai Masjid Buşatlı Mehmet Pasha merupakan sebuah masjid bersejarah di Shkodër, Albania barat laut. Ia terletak di atas sebuah tasik kecil dan tidak lagi digunakan. Masjid ini dikenali sebagai "Masjid Plumbum" kerana kesemua kupolanya ditutupi oleh plumbum.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini telah dibina pada tahun 1773 oleh pasha Albania, Mehmed Bushati dari keluarga Bushati yang merupakan wazir dari Pashalik Scutari pada masa itu.[2] Through this act, he intended to give his city of birth, the feeling of the capital.[3]Dikatakan masjid tersebut telah didirikan di atas tanah milik gereja Katolik.[4]

Mehmed Bushati secara peribadi terlibat dalam pembinaan masjid ini. Hampir setiap hari beliau akan turun dari kediamannya di Istana Rozafa untuk mengetahui perkembangan pembinaan masjid ini.[1]

Imam pertama masjid ini adalah Haxhi Ahmet Misria yang berasal dari Mesir. Misria telah datang ke Albania setelah berkenalan dengan Mehmed Bushati. Iman-imam selepas Misria telah berkhidmat dan menjaga masjid ini.[1]

Kerosakan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1900-an, masjid ini mula rosak dan banyak plumbum yang menutupi kupola telah dicuri. Pada tahun 1916, plumbum yang tinggal telah dikeluarkan oleh tentera Austria semasa Austria menjajah Albania.[1]

Pada tahun 1967, menara masjid yang telah dibina pada tahun 1920 oleh Xhelal Bushati dari keturunan Mehmed Bushati telah rosak disebabkan oleh kilat.[5]

Penutupan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1967, masjid ini telah ditutup, sama seperti institusi keagamaan yang lain, selepas pemimpin komunis Enver Hoxha mengisytiharkan Albania sebagai negara ateis. Tidak seperti kebanyakan masjid yang dimusnahkan pada masa itu, Masjid Plumbum terselamat kerana ia telah diiktiraf sebagai sebuah Monumen Budaya pada tahun 1948.[1][2][5]

Pembukaan semula[sunting | sunting sumber]

Pada 16 November 1990, Masjid Plumbum telah dibuka terlebih dahulu dari masjid-masjid yang lain di Albania setelah agama dibenarkan di negara tersebut. Setelah 23 tahun menjadi negara ateis, perhimpunan keagamaan pertama yang diadakan di masjid ini telah dilakukan oleh Hafiz Sabri Koçi.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Mirsad Sylja (20 August 2008). "Si po shkatërrohet "Xhamia e Plumbit", pasuria mbi 100-vjeçare" (dalam bahasa Albanian). peshku pa uje. Dicapai pada 23 July 2010.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)[pautan putus]
  2. ^ a b Anila Dushi (22 Julai 2008). "Xhamia e plumbit po kalbet" (dalam bahasa Albanian). Shekulli. Diarkib daripada yang asal pada 27 Januari 2010. Dicapai pada 23 Julai 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  3. ^ "KATOLIKËT RESTAUROJNË XHAMINE E PLUMBIT" (dalam bahasa Albanian). Pajtimi. Dicapai pada 23 July 2010.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  4. ^ Willy Kamsi (16 November 1999). "Kisha e Kuvende të Shkodrës me Rrethina në Mesjetë" (dalam bahasa Albanian). Konferenca Ipeshkvnore e Shqipërisë, 2000. Gjithashtu, simbas gojëdhanës, vendi ku âsht ndërtue xhamia e Plumbit, mendohet të ketë qenë truelli i nji kishe. «Dhe kjo nuk do të na çudisë, shton Cordignano, sepse dihet zakoni që kishin Turqit për me i shndrrue në xhamia vendet kushtue kultit të krishtenë».Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  5. ^ a b "Xhamia e Plumbit" (dalam bahasa Albanian). Shkoder.net. September 1999. Diarkib daripada yang asal pada 8 Januari 2010. Dicapai pada 23 Julai 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]