Masjid Pokok Asam, Kandang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Pokok Asam
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Hassan Bin Daud 2017 (Imam Besar)
Hj Abdul Talib Bin Murad 2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-MT-00160
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
LokasiMasjid Pokok Asam,
Km. 8.8.,
Batang Tiga,
Kandang, 76400 Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Pokok Asam

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Pokok Asam merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 8.8., Batang Tiga, Kandang, 76400 Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Pokok Asam,
Km. 8.8.,
Batang Tiga,
Kandang, 76400 Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Pokok Asam Kampung Pinang mula dibina tahun 1890 dengan bahan binaan berasaskan kayu dan berbumbungkan genting. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Tuan Syed Wan Idrus dan dikelolakan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Amin.

Pada 1935, masjid ini telah diubahsuai melalui hasil kutipan derma penduduk kampung serta masyarakat setempat termasuk hasil sumbangan sebanyak RM 500 oleh Haji Abu Bakar bin Aim melalui wasiat yang diterima oleh anak buahnya iaitu Haji Mohd Ali bin Tahir. Sehubungan dengan itu, beliau telah dilantik sebagai pengerusi masjid berikutan sumbangan yang diberikan manakala Tuan Haji Abd. Hamid bin Baba telah dilantik sebagai Imam pertama di masjid ini. Semasa kerja-kerja pengubahsuaian tersebut, tukang cina digunakan bagi kerja-kerja pembinaan yang berasaskan batu.


Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Pokok Asam merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004. Masjid Pokok Asam memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00160.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Pokok Asam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2015-10-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]