Masjid Sheikh Zayed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Sheikh Zayed
Info asas
LokasiAbu Dhabi
 Emiriah Arab Bersatu
Koordinat geografi24°24′44″N 54°28′28″E / 24.41222°N 54.47444°E / 24.41222; 54.47444
AgamaIslam
NegaraEmiriah Arab Bersatu
Penerangan seni bina
ArkitekMohammad Ali Al-Ameri
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada2007
Kos pembinaanDua bilion dirham ($545 juta)
Spesifikasi
Kapasiti40,000
Bil. kubah82 kubah dengan 7 saiz
Tinggi kubah (luaran)75 m
Lebar kubah (luaran)32.2 m
Bil. menara masjid4
Tinggi menara masjid107 m

Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia[1]. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Masjid Sheikh Zayed memegang beberapa rekod dunia:

  • Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi.[2] Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.
  • Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.[3].

Kedua-dua rekod ini sebelum ini dipegang oleh Masjid Besar Sultan Qaboos di Oman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]