Mat Gempak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mat Gempak.

Mat Gempak merupakan karya daripada Apoh kini dikenali sebagai Zuan. Mat Gempak mula disiarkan pada isu pertama majalah Gempak (1 Jun 1998) dan ditamatkan sementara pada Isu 81 (1 April 2003) sebelum muncul semula pada Isu 154 (15 April 2006).[1]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Mat Gempak mengisahkan gelagat Mat Gempak bersama-sama ahli keluarganya serta rakan-rakannya di Kampung Gondolan, sebuah kampung rekaan yang berasaskan sebuah perkampungan nelayan tradisional di pantai timur Semenanjung Malaysia. Mat Gempak mula jatuh hati pada rakan penanya Linda yang menuntut di Universiti Multimedia. Dalam masa yang sama, sepupunya Ella yang juga menaruh hati pada Mat Gempak membuat kacau sehingga menyebabkan Linda meninggalkannya serta mengikuti seorang lelaki bernama Rizal ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang penyanyi.

Mat Gempak yang patah hati merantau ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk membawa Linda kembali kepadanya. Namun, hidup di Kuala Lumpur tidak semudah yang disangka. Dengan tiada tempat berteduh, Mat tinggal bersama-sama rakan baiknya Boy dan menjual VCD cetak rompak untuk menyara hidup. Pernah sekali Mat berjaya menemui Linda semasa konsert, tetapi Linda seakan sudah melupakannya. Mat seterusnya mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Gondolan.

Di Kampung Gondolan, Ella telah melakukan pembedahan plastik untuk menjadikan dirinya cantik, dan dia berjaya menawan hati Mat tanpa dia menyedari bahawa gadis cantik itu sebenarnya ialah Ella. Dalam beberapa episod Mat Gempak sebelum siri tersebut direhatkan, Linda berjaya melarikan diri dari cengkaman Rizal dan pulang ke Kampung Gondolan, menyebabkan berlakunya cinta tiga segi. Mat kehilangan kedua-dua gadis tersebut setelah dia menyelamatkan Linda yang diculik, dengan mengatakan bahawa selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Tiga tahun selepas peristiwa tersebut, Mat Gempak kembali semula ke Kuala Lumpur sebagai pelajar kolej.

Senarai watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Mat Gempak - Watak utama siri ini yang berwarna kuning, botak serta sering memakai bandana merah. Dia juga adalah maskot rasmi majalah Gempak.
  • Boy - Sahabat Mat Gempak yang juga merupakan anak angkat keluarganya.
  • Ella Meow - Seekor kucing jantan berwarna ungu peliharaan Mat Gempak yang boleh bercakap.
  • Linda - Gadis idaman Mat Gempak yang juga merupakan penuntut Universiti Multimedia, Cyberjaya.
  • Ella - Sepupu Mat Gempak yang hodoh serta menaruh hati terhadap Mat.
  • Rizal - Seorang lelaki jahat yang mempergunakan Linda untuk tujuan jenayah.

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Pak Mat - Bapa Mat Gempak yang mata keranjang tetapi ada kalanya sering memberi nasihat kepada Mat Gempak setiap kali dia berasa sedih.
  • Emak Mat - Sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang sangat bengis, tetapi selalunya dia ditampilkan sebagai seorang ibu yang penyayang.
  • Kudin - Rakan sekampung Mat Gempak yang sering menjadi pesaingnya bila berkaitan dengan perempuan.
  • Kak Rah - Pemilik warung yang miskin.
  • Salim - Kartunis miskin yang karyanya sering ditolak oleh majalah Gempak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]