Mazhab Tsauri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mazhab Ats-Tsauri (bahasa Arab: الثوري) merupakan mazhab fiqh dari Islam Sunni yang berusia pendek yang dinisbahkan kepada pemahaman fiqh Imam Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama tersohor, ahli fiqih, dan pengumpul hadis pada abad ke-2 H.[1].

Setelah Imam Ats-Tsauri berhijrah ke Basrah, Iraq semasa akhir hayatnya, pemahaman fiqhnya menjadi lebih dekat kepada orang-orang Umaiyyah dan Imam Al-Auza'i[1].

Beliau menghabiskan sisa hidupnya dalam persembunyian setelah berselisih dengan Khalifah Muhammad bin Mansur Al-Madi dari Kerajaan Bani Abbasiyah. Setelah beliau meninggal dunia, mazhabnya diteruskan oleh murid-muridnya, yang terkenal adalah Yahya Al-Qattan[1]. Namun begitu mazhab Ats-Tsauri tetap tidak berjaya dipertahankan, akan tetapi pemahaman fiqhnya khusus periwayatan hadisnya sangat dihargai di dalam Islam dan mempengaruhi seluruh mazhab yang ada.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Steven C. Judd, “Competitive hagiography in biographies of al-Awzaʿi and Sufyan al-Thawri”, Journal of the American Oriental Society 122:1 (Jan–March, 2002).