Mazri Mansol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mazri Mansol
Dato’ Lela Putra Setiawan
Penghulu Luak Jempol
Tempoh4 Ogos 2022 - kini
Kerjan12 Jun 2022 - 2 April 2023
Didahului olehAbd Hafit Anuar Abu Bakar
KerabatBiduanda Pasak Perut Tarum
AgamaIslam

Mazri bin Haji Mansol ialah seorang pembesar tempatan di Negeri Sembilan, Malaysia[1]. Beliau ialah Penghulu Luak Jempol yang dilantik sejak 2022[2]. Luak Jempol ialah sebahagian daripada Luak Tanah Mengandung yang bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pelantikan sebagai penghulu luak[sunting | sunting sumber]

Mazri datang daripada suku Biduanda Pasak Perut Tarum. Beliau dilantik selepas penyandang sebelumnya meninggal dunia pada November 2021. Pemilihan beliau dibuat mengikut peraturan adat iaitu pelantikan kali ini adalah giliran Perut Tarum dilantik sebagai Penghulu Luak Jempol. Pengisian jawatan ini dibuat secara bergilir-gilir antara Perut Tarum dan Perut Mayam.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b NS, MKN (2023-06-27). "CARA ORANG NEGERI SEMBILAN PILIH PENGHULU LUAK". Laman Web MKN. Dicapai pada 2023-09-27.
  2. ^ abdulrahman. "Jumlah Penghulu Luak Tanah Mengandung Kini Lengkap – Malaysiaaktif" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-27.