Luak Tanah Mengandung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah papan tanda sempadan bagi luak Gunung Pasir

Luak Tanah Mengandung merupakan satu kawasan yang mengandungi luak yang melingkungi wilayah diraja Negeri Sembilan iaitu Seri Menanti. Luak-luak ini bernaung di bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pemimpin luak-luak ini bergelar Penghulu. Luak yang menganggotai Luak Tanah Mengandung ini ialah luak Gunung Pasir, luak Inas, luak Jempol, luak Terachi dan luak Ulu Muar. Luak Tanah Mengandung merupakan serambi bagi Luak Berundang, di mana menjadi tempat persinggahan Dato' Undang sebelum ke Seri Menanti menghadap Yang di-Pertuan Besar[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor Razifah Haji Abd Wahab (1994). Adat Perpatih : Struktur Organisasi, Sistem Sosial dan Perlantikan Undang (PDF). Kertas Projek Sarjana Muda Undang-Undang. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 19.