Mega Man X5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rockman X5
Kulit depan untuk PlayStation versi Amerika Utara
PembangunCapcom Production Studio 3
PenerbitCapcom
PengarahKoji Okohara
PerekaToyozumi Sakai
ArtisHaruki Suetsugu
Ryuji Higurashi
KomposerNaoto Tanaka
Naoya Kamisaka
Takuya Miyawaki
SiriMega Man
Mega Man X Sunting ini di Wikidata
PlatformPlayStation, PC, PlayStation Network
PelepasanPlayStation
    PC
      GenreAksi
      ModPemain tunggal

      Mega Man X5, dikeluarkan di Jepun sebagai Rockman X5 (Jepun: ロックマンX5) merupakan judul permainan video yang dibangunkan oleh syarikat Capcom. Ia merupakan judul kelima dalam siri Mega Man X. Permainan video ini dikeluarkan di Jepun pada 30 November 2000 dan kawasan Amerika Utara.

      Permainan video ini berkisarkan kepada masyarakat di sebuah tempat yang dihuni oleh manusia dan robot pintar yang dipanggil sebagai Reploids pada abad ke-22. Selepas berakhirnya jalan cerita dalam permainan video Mega Man X4, ketua kumpulan Maverick iaitu Sigma berjaya dihidupkan kembali dan berusaha untuk membantu Zero untuk menggunakan bakat dan kuasa terpendamnya serta ingin membunuh X iaitu watak utama dalam siri Mega Man X ini. Sigma juga telah menetapkan sela masa selama 16 jam untuk pelanggaran di antara Bumi dan Eurasia, iaitu sebuah kawasan di angkasa lepas[6]. Objektif bagi X dan Zero ialah menghalang Bumi daripada berlanggar serta memusnahkan Sigma.


      Plot[sunting | sunting sumber]

      Dalam permainan video ini, ketua Maverick iaitu Sigma berjaya dihidupkan kembali setelah kalah dalam pertembungan dalam permainan video Mega Man X4. Sigma memulakan kajian terhadap asal usul serta reka bentuk Mavrick Hunter Zero dan membuat keputusan ingin mencari kuasa terpendam yang terdapat pada Zero yang akan digunakan untuk memusnahkan X. Pada permulaan, Sigma berlawan dengan Maverick Hunter dan berniat untuk tewas supaya virus Maverick dapat disebarkan di Bumi dan menyebabkan kekacauan.

      Sementara itu, Sigma mengupah seorang pejuang Reploid iaitu Dynamo untuk membuatkan Eurasia berlanggar dengan Bumi. Maverick Hunter hanya mempunyai 16 jam sahaja untuk menghalang pelanggaran itu. Untuk menghentikan pelanggaran itu, mereka mempunyai 2 pilihan. Pilihan pertama adalah menembak meriam berkuasa tinggi diberi nama Enigma ke kawasan Eurasia dan memusnahkannya. Jika tembakan meriam ini gagal menghancurkan Eurasia, mereka mempunyai pilihan kedua iaitu menghantar kapal angkasa ke Eurasia, mengawal gerakan kawasan Eurasia supaya tidak berlanggar dengan Bumi dan memusnahkannya. Untuk menaikkan peluang kedua-dua pilihan ini, X dan Zero perlu untuk mencari barang-barang tambahan yang terdapat dalam setiap peringkat dengan bantuan beberapa Maverick Hunter lain iaitu Alia, Douglas dan Signas[7].

      Kejayaan meriam Enigma adalah berlaku secara rawak di dalam permainan ini. Selepas insiden ini, virus baru telah muncul di Bumi, di mana menurut Alia, virus itu merupakan gabungan di antara virus Sigma dan hidupan yang terdapat di Eurasia. Plot selepas ini bergantung kepada kejayaan meriam Enigma dan kapal angkasa menembak dan menghancurkan Eurasia sebelum berlanggar dengan Bumi. Jika Eurasia berjaya dihancurkan, X dan Zero akan meneruskan misi mencari punca kepada penyebaran virus tersebut dan jika mereka gagal menghancurkan Eurasia atau masa 16 jam yang ditetapkan tamat, Eurasia akan berlanggar dengan Bumi dan menyebabkan Bumi hampir musnah dan juga mengakibatkan Zero dijangkiti virus tersebut. Selepas lokasi punca virus ini ditemui, X dan Zero memasuki ke kubu di bawah tanah untuk meneruskan siasatan. Di sini X dan Zero bertemu sesama sendiri dan akibat daripada saling tidak mempercayai antara satu sama lain, mereka melawan sesama sendiri[8].


      Bentuk permainan[sunting | sunting sumber]

      Bentuk permainan sedikit berbeza dari permainan video Mega Man X4. Dalam permainan video ini, pemain boleh menggunakan kedua-dua watak iaitu X dan Zero sepanjang permainan. Sebelum memulakan permainan, pemain akan memilih sama ada menggunakan watak X yang telah dilengkapkan dengan baju perisai Ultimate Armor atau Zero yang dilengkapi dengan senjata tembakan jarak jauh. Semasa permainan, virus akan muncul secara rawak dan memberi kesan kepada watak yang dipilih pemain. Jika X terkena virus itu, maka nyawanya akan berkurangan dengan kadar yang lebih pantas, sebaliknya jika Zero terkena virus itu, nyawanya tidak berkurangan malah, prestasi serangannya akan meningkat[6]. Kesan virus ini akan hilang dalam masa beberapa saat.

      Dalam permainan ini, pemain akan diberikan masa 16 jam sebelum Eurasia melanggar Bumi. Setiap kali pemain bermain dalam peringkat yang disediakan, satu jam akan ditolak. Pemain boleh memilih sama ada ingin menggunakan meriam Enigma untuk menembak ke arah Eurasia atau tidak. Jika tembakan Enigma tidak mengena, pemain akan diberikan pilihan untuk menggunakan kapal angkasa. Pengakhiran kepada jalan cerita permainan video ini berbeza bergantung kepada watak yang dipilih pemain semasa mengalahkan Sigma[9].


      Rujukan[sunting | sunting sumber]

      1. ^ a b Mega Man X: Official Complete Works. Udon Entertainment. 6 Januari 2010. m/s. 48–55. ISBN 978-1-897376-80-5.
      2. ^ "Mega Man X5 Now Available" (Siaran akhbar). Capcom. 31 Januari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-03-21. Dicapai pada 2010-07-12.
      3. ^ "Megaman X5 (PS)". Amazon.com. Dicapai pada 2011-09-04.
      4. ^ Capcom staff. "PC 洛克人X5". Capcom. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-12-18. Dicapai pada 7 Mac 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
      5. ^ "Mega Man X5: System Requirements". Allgame. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-15. Dicapai pada December 27, 2011.
      6. ^ a b Winchester, Ashley (6 Mac 2013). "Mega Man X5: A Battle of Form and Function". Listal. Dicapai pada 17 Oktober 2015.
      7. ^ Capcom (Januari 2001). Mega Man X5 (Sony PlayStation). Capcom. Alia: We have no choice... For the sake of the world, we must destroy the Colony! ... But the only weapon we have in the Hunter Base that still works is... ... The Enigma... And it's very old. We also have a space shuttle. But, it's been affected by the Virus, and the Auto-Pilot function doesn't work... So we need someone to fly it to the Colony and let it collide... It's almost certain death, but we have no other choice. / Signas: How's the condition of the Enigma? / Douglas: Far from perfect... In order to use the Enigma, we need to build it up with some devices. The Enigma doesn't work as is. / Signas: Under the influence of the Sigma Virus, a lot of Maverick Hunters have become Mavericks, and only a few hunters remain normal. Let's join forces with the rest of our brothers and complete the Enigma!
      8. ^ Capcom (Januari 2001). Mega Man X5 (Sony PlayStation). Capcom. X: Why weren't you damaged even though you have been infected by the virus? In fact, you have become more powerful with the infection?! Why?! This isn't the time to fight when we have a mission to accomplish, but... I'll bring you back by any means. / Zero: You say you'll bring me back to the base even if you have to fight me? X, you can't dare to fight me. Your big heart. That is your kindness and your weakness. I'm okay...Trust me. / X: Zero... I don't want to lose you... I'm really worried about you...... and I do trust you...That's why I have to fight you here to bring you back.
      9. ^ Hugo, Joshua (10 Disember 2012). "Mega Man X and the Unintended Timelines". KaboomShark. Dicapai pada 17 Oktober 2015.