Meghan Markle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meghan
Duchess of Sussex
Markle pada Mac 2018
KeputeraanRachel Meghan Markle
(1981-08-04) 4 Ogos 1981 (umur 42)
Los Angeles, California, A.S
Pasangan
  • Trevor Engelson
    (k. 2011; c. 2013)
  • Putera Harry (k. 2018)
AnakandaArchie Harrison Mountbatten-Windsor Lilibet Diana Mountbatten-Windsor
KerabatWindsor (melalui perkahwinan)
AyahandaThomas Markle
BondaDoria Ragland
PekerjaanPelakon (2002–2017)
TandatanganTandatangan Meghan

Rachel Meghan Markle (lahir 4 Ogos 1981) ialah seorang bekas pelakon wanita Amerika Syarikat yang menjadi ahli keluarga diraja Inggeris selepas perkahwinannya bersama Putera Harry.

Markle dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, California, dan berasal dari keturunan campuran. Sepanjang pengajiannya di Universiti Northwestern, beliau mula melakonkan peranan kecil di siri televisyen dan filem Amerika Syarikat. Dari 2011 sehingga 2017, beliau memegang watak yang menjadikan beliau dikenali, Rachel Zane, di siri drama Amerika Syarikat Suits. Sebagai seorang feminis yang berterus terang, Markle telah menyampaikan masalah tentang kesetaraan jenis kelamin, dan laman gaya hidupnya, The Tig, sebuah halaman tentang wanita berpengaruh. Aktiviti kemanusiaannya pada tahun 2010-an mewakili kehadirannya di pertubuhan amal antarabangsa. Beliau juga dikenali menerusi gaya dan cara berpakaiannya, melancarkan sebuah jenama pakaian pada tahun 2016.

Dari 2011 sehingga perceraian mereka pada 2013, Markle berkahwin dengan pelakon dan penerbit Trevor Engelson. Pada tahun 2017, beliau mengumumkan pertunangannya dengan Putera Harry, cucu lelaki Ratu Elizabeth II, dan berpindah ke London. Beliau kemudian bersara dari bidang lakonan, menutup semua akaun media sosialnya, dan mula aktif dalam penglibatan awam atas nama Keluarga diraja Inggeris. Selepas perkahwinan mereka pada 19 Mei 2018, Markle dikenali sebagai Yang Teramat Mulia Duchess of Sussex.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rachel Meghan Markle dilahirkan pada 4 Ogos 1981, di Los Angeles, California,[1] di West Park Hospital di Canoga Park.[2] Ibunya, Doria Ragland, seorang pekerja sosial dan instruktor yoga, sejak 2017 tinggal di View Park–Windsor Hills, California.[1][3] Markle sering menjelaskan hubungan rapatnya dengan ibunya.[4] Bapanya, Thomas Markle Sr., yang tinggal di Rosarito, Mexico,[5][6] ialah seorang pengarah fotografi yang bersara, yang kerjayanya mendorong anaknya yang masih kecil sering mengunjunginya di lokasi Married...with Children.[7][8] Ibu bapa Markle bercerai ketika beliau berusia enam tahun.[9][10] Beliau mempunyai dua adik-beradik tiri sebapa, Thomas Markle Jr. dan Samantha Markle, yang dilaporkan tidak begitu rapat dengannya.[11]

Menjelaskan tentang garis keturunannya dalam esei 2015 untuk majalah Elle, Markle menyatakan bahawa "bapanya ialah seorang Orang Amerika Berkulit Putih dan ibunya ialah seorang Afrika Amerika. Saya separuh hitam dan separuh putih ... yang mana keturunan kacukan mampu menyembunyikan identiti diri saya sendiri, membuatkan saya berada disatu kaki didua sisi dari sebuah pagar, saya harus berani. Untuk mengatakan siapa diri sebenar, untuk membahagikan darimana saya berasal, untuk menyuarakan kebanggaan menjadi seorang wanita yang kuat, kaum kacukan yang percaya diri."[12]

Markle membesar di Hollywood.[13] Beliau bersekolah di sekolah-sekolah swasta, bermula pada usia dua tahun di Hollywood Little Red Schoolhouse.[14][15] Pada usia 11 tahun, kempen berjayanya mengenai sebuah syarikat untuk mengubah sebuah iklan televisyen nasional tentang seksisme diulas oleh Linda Ellerbee di Nick News.[16] Markle menghadiri Immaculate Heart High School, sebuah sekolah swasta Katolik perempuan di Los Angeles,[17] tetapi dibesarkan sebagai seorang Protestan.[18] Beliau kemudian menghadiri Universiti Northwestern, yang mana beliau menyertai wanita Kappa Kappa Gamma, dan mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat dan projek-projek amal.[19][20] Markle lulus dari School of Communications Northwestern pada 2003 dengan ijazah S1 di dua jurusan, teater dan pengajian antarabangsa.[21][22] Beliau juga pernah berkhidmat di kedutaan Amerika Syarikat di Buenos Aires, Argentina,[22] dan belajar selama satu semester di Madrid, Sepanyol.[20]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Boyle, Danny (November 8, 2016). "Who is Meghan Markle? Everything we know about Prince Harry's girlfriend". The Daily Telegraph. London. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2016. Dicapai pada November 12, 2016. (langganan diperlukan)
  2. ^ Andrew Morton. "Meghan: A Hollywood Princess". Books.google.es. Dicapai pada May 20, 2018.
  3. ^ Morris, Regan (September 27, 2017). "'Meghan who?' LA shrugs over Harry's hometown girlfriend". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2017. Dicapai pada November 28, 2017. But Markle's mother lives in the View Park-Windsor Hills neighbourhood, which is one of the wealthiest, primarily African American areas in the US.
  4. ^ CNN, Angela Dewan,. "Doria Ragland: Meghan Markle's mother by her side on wedding day". CNN. Dicapai pada May 31, 2018.CS1 maint: extra punctuation (link)
  5. ^ "Meghan Markle's father lives in a quiet Baja town; but the British pa..." May 5, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada May 5, 2018.
  6. ^ Humphries, Will (November 27, 2017). "Meghan Markle's family tree". The Times. Dicapai pada November 28, 2017. (langganan diperlukan)
  7. ^ Goulet, Matt (Julai 13, 2013). "Meghan Markle Talks Suits, Catholic Childhood and Growing Up On Set of Married With Children". Esquire. Hearst Communications, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 27, 2017. Dicapai pada Januari 14, 2014.
  8. ^ Hicks, Tony (November 1, 2016). "Prince Harry ready to meet Meghan Markle's father". Mercury News. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2016. Dicapai pada November 12, 2016.
  9. ^ John, Tara (November 27, 2017). "Meet Meghan Markle, Prince Harry's Fiancee And Britain's Newest Royal-To-Be". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada November 28, 2017. Dicapai pada November 30, 2017.
  10. ^ "Meghan Markle's half-sister to write a tell-all book about her 'pushy' sibling". The Daily Telegraph. April 3, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 11, 2017. Dicapai pada November 30, 2017.
  11. ^ Davies, Caroline (May 15, 2018). "The royal in-laws: Meghan Markle's family". The Guardian. Dicapai pada July 10, 2018.
  12. ^ Markle, Meghan (Ogos 17, 2015). "I'm More Than An 'Other'". Elle UK. Diarkibkan daripada yang asal pada November 4, 2016. Dicapai pada November 4, 2016.
  13. ^ Morris, Regan (September 26, 2017). "'Meghan who?' LA shrugs over Harry's hometown girlfriend". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 26, 2017. Dicapai pada Oktober 26, 2017. Her childhood in Los Angeles was more centred in Hollywood, where she attended a private primary school known for having a fabulous swimming pool as well as a playground ... Markle attended a private, all-girls Catholic high school on a beautiful campus in the Hollywood Hills. The school requires public service to graduate and the actress credits her parents and the school with starting her commitment to humanitarian work.
  14. ^ "Duchess of Sussex - Education". UK Gov. 2018. Dicapai pada May 21, 2018. The Duchess attended the Hollywood Little Red Schoolhouse from the ages of 2-11 and began her secondary education at Immaculate Heart High School in 1992....
  15. ^ Woustra, Kristy. "Who Is Meghan Markle: The Actress Was Changing The World At Age 11". HuffPost. Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2016. Dicapai pada November 8, 2016. I was just 11 years old when I was in my classroom at Hollywood Little Red Schoolhouse ...
  16. ^ Boedeker, Hal (November 30, 2017). "Meghan Markle at 11: Fighting sexism on TV". Orlando Sentinel. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2017. Dicapai pada December 1, 2017.
  17. ^ Hodgkin, Emily (September 23, 2017). "Meghan Markle and Kate Middleton's path to royalty REVEALED – from Hollywood to Kensington". Daily Express. UK. Dicapai pada September 26, 2017. Both girls (i.e., Kate Middleton and Meghan Markle) were educated at private schools. Meghan attended Hollywood Little Red Schoolhouse and then later Immaculate Heart High School, an all-girls, independent Roman Catholic high school in LA. Alumni includes super model Tyra Banks and actress Mary Tyler Moore.
  18. ^ Said-Moorhouse, Lauren (March 9, 2018). "Meghan Markle baptized in private ceremony". CNN. Dicapai pada May 26, 2018.
  19. ^ Swartz, Tracy (April 17, 2018). "New Meghan Markle book rehashes time at Northwestern". Chicago Tribune. Dicapai pada April 21, 2018.
  20. ^ a b Swartz, Tracy (May 9, 2018). "Meghan Markle recalled as dignified, charitable during her Northwestern days". Chicago Tribune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada May 13, 2018.
  21. ^ "Meghan Markle exclusive: Diana's biographer Andrew Morton on how the Suits star made it to the heart of the Establishment". The Times. London. April 1, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada April 4, 2018.
  22. ^ a b Willgress, Lydia; Boyle, Danny (September 21, 2017). "Who is Meghan Markle? Everything we know about Prince Harry's girlfriend". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 7, 2017. Dicapai pada April 22, 2017. She studied at a girls' Roman Catholic college before graduating from Northwestern University School of Communication in 2003 – where she double-majored in theatre and international relations – just as her acting career was beginning. She worked for the US Embassy in Buenos Aires.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]