Meh, Sandar Pada Aku! (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Meh, Sandar Pada Aku!
Umum
PengarangAifa Batrisya
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitPenerbitan Karya Seni
Tarikh penerbitan
Januari 2013
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman581
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670246390

Meh, Sandar Pada Aku! ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Aifa Batrisya. Novel ini diterbitkan pada 2013 oleh Penerbitan Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2017.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?

Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Meh Sandar Pada Aku dikeluarkan pada Januari 2013 oleh Penerbitan Karya Seni. Pada tahun 2017, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Dahlia bermula 26 Februari 2017 di TV3, dibintangi oleh Aliff Aziz dan Mira Filzah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meh, Sandar Pada Aku! by Aifa Batrisya Goodreads. Dicapai pada 10 Mac 2018.