Aliff Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aliff Aziz
Kelahiran
Mohammad Aliff bin Aziz

(1991-02-16) 16 Februari 1991 (umur 33)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPenyanyi, pelakon, model
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian191 cm (6 ka 3 in)
PasanganBella Astillah
(k. 2016)
Anak-anak2
SaudaraAisyah Aziz (adik)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, pop alternatif, jazz
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia
Pengkarya berkait
Adira, Siti Nordiana, Kilafairy, Emma Suhaimi

Mohammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia. Pada Julai 2007, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, tempat bakatnya terserlah ketika dalam usia 16 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single "Cinta Arjuna" yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu "Sayang Sayang" juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.[1]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1991, Aliff merupakan anak sulung daripada tiga beradik malah juga lahir dari keluarga Melayu yang berdarah kacukan Arab. Ketika Aliff berusia 3 tahun, beliau serta keluarganya telah menyambut kelahiran dua adik perempuan yang juga kembar seiras, iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain. Selain itu, Aliff dan dua adik kembar seirasnya pernah bersekolah di Sekolah Rendah Princess Elizabeth sebelum berpindah ke tahap seterusnya di lokasi beliau dan Aisyah menghala ke Sekolah Menengah Zhenghua manakala Ain juga bersekolah di Sekolah Menengah Greenridge.

Kerjaya

Pada masa itu, Aliff juga menceburi minat dalam bidang nyanyian ketika berusia 12 tahun, malah Aisyah juga turut serta mengikut jejak langkah abangnya dalam bidang seni, manakala Ain memilih untuk menceburi bidang teknologi maklumat. Beliau juga pernah mencuba nasibnya dalam melibatkan diri dalam program realiti TV nyanyian, Anugerah pada 2007, yang menjadikan beliau selaku peserta dalam program tersebut.

Selepas melangkah satu demi satu pusingan dalam pertandingan nyanyian tersebut, prestasi beliau waktu itu juga kurang memberangsangkan dan beliau juga tersingkir pada peringkat separuh akhir. Tetapi, peminat Aliff juga tidak putus-putus untuk menyokongnya bahkan pihak juri juga memberi peluang kedua dengan menerusi pusingan wildcard pada akhir persembahannya. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai juara yang termuda atas persembahan terbaik semasa beliau yang berusia 16 tahun. Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih RM100,000 ringgit.

Selepas kemenangannya dalam program tersebut, beliau muncul dalam iklan Mediacorp iaitu Sinar Lebaran 2007/2008, Khayalan dan sebagainya malah Aliff juga muncul dalam iklan 30 saat KFC pada 2007. Ia diketahui oleh majalah Malaysia bahawa beliau ketika itu sedang menyusun aktiviti jadualnya dengan melanjutkan pelajaran dan meluaskan bakatnya selaku penyanyi.

Pada tahun 2009, Aliff dipelawa oleh National Services di mana beliau menjadi jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (yang dahulunya dikenali sebagai BRTC/Basic Rescue Training Centre) di Jalan Bahar. Dalam temubual Sungguh pada 2010, Aliff memuat naik statusnya pada peminat beliau bahawa selepas ini Aliff juga akan memfokuskan dirinya dalam karier nyanyian. Dalam tahun yang sama, Aliff melancarkan album kedua, It's Aliff's Time, yang membariskan hit lagunya seperti Cinta dan Kalau Cinta hasil kolaborasinya bersama penyanyi terkenal Malaysia, Joanna. Single Kalau Cinta telah menjadi hit terbaik di stesen radio secara keseluruhan dan menjadikan lagu antara rakaman terbaik sehingga akhir tahun 2011.

Pada masa yang sama, beliau ketika itu merupakan seorang bekas tentera dan jurulatih di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Music Performing Arts Club (MPAC), di mana beliau mempersembahkan vokalnya dalam mana-mana persembahan SCDF seperti Hari Kenaikan Pangkat SCDF, Hati Komuniti SCDF dan sebagainya. Beliau juga pernah merangkul sebagai "Koperal" ketika beliau berkhidmat dalam pasukan awam tersebut. Pada 2011, Aliff telah menamatkan khidmatnya dan berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk mengejar cita-citanya sebagai artis rakaman, penyanyi, pelakon dan model.

Pada awal 2012, beliau telah melancarkan album ketiga iaitu Aliff Aziz, yang membariskan hit terbaik yang berjudul Jangan Ganggu Pacarku yang telah mencapai 1 juta tontonan Youtube selepas dikeluarkan dalam 24 jam. Lagu Aliff seperti Cinta Ya Cinta dan Setiap Detik juga sering digunakan sebagai soundtrack menerusi drama popular untuk TV3 serta rancangan lain.

Selain melibatkan diri dalam bidang nyanyian, Aliff juga mencuba nasibnya dalam bidang lakonan, iaitu drama pertamanya, sebuah komedi muzikal yang berjudul Antara Kita diarahkan oleh pengarah terkenal Kas Roshan, yang mengambil watak beliau sebagai remaja yang bekerja di syarikat pencipta grafik. Drama tersebut membariskan pelakon terkenal Malaysia seperti pelawak Zaibo, Bell Ngasri, Anne Ngasri, malah bekas penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana juga turut sama berlakon drama tersebut sebanyak 13 episod.

Pada pertengahan tahun 2013, beliau pernah muncul dalam Slot Samarinda di TV3 iaitu drama berjudul Epilog Cinta Khirana, yang menampilkan beliau selaku watak antagonis iaitu Sharqir Ikhwan. Drama tersebut membariskan beliau yang ketika itu bersama aktres Tasha Shilla, Rozita Che Wan serta ramai pelakon yang berbakat.

Selain itu, beliau muncul dalam drama terbaharu menerusi Slot Akasia, iaitu drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Ku Curi. Beliau memegang watak sebagai Faiq, seorang pemuda yang jatuh miskin dan bankrap akibat bersosial dan berbelanja tanpa batas. Drama tersebut membariskan beliau yang juga bergandingan bersama aktres terkenal Farah Nabilah, Mimi Lana, Shah Iskandar, serta dibantu oleh Azri Iskandar, Azhan Rani, Jasmin Hamid, dan Normah Damanhuri yang mengambil watak sampingan dalam drama tersebut.

Gegar Vaganza 2021

Aliff Aziz telah terpilih sebagai peserta Gegar Vaganza Musim ke-8

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Sayang-sayang Dirinya sendiri Tempat Pertama
Minggu 2 Masih Aku Terasa Kasih Tak Sampai Kumpulan Padi Tempat Pertama
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Kasihnya Laila Jinbara Ke-2
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Jika Kau Rasa Getarnya Slam Ke-6
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Pemburu Impian Kazar Saisi Ke-2
Minggu 6 Langkah Seiringan Belenggu Rindu (Duet Bersama Iman Troye) Dato' Jamal Abdillah & Wany Hasrita Ke-2
Minggu 7 Kelentang Kelentong Pesan Cinta Afgan Ke-2
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Rapuh Nastia Ke-2
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Lay Me Down Sam Smith Ke-3
Sesuatu Janji Taufik Batisah
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Sampai Syurga Faizal Tahir JUARA
Dealova (Duet Bersama Hafiz Suip) Once
Bangun (battle Aweera) Aman RA

Gegar Vaganza 2023

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat Wanita Seluruh Dunia Projek Pistol Ke-8
Minggu 2 Ikut Tekak Sendiri Sampai Mati Hazama Ke-13
Minggu 3 Putar Kiri Kanan Kasih Hetty Koes Endang Ke-5
Minggu 4 Berdua Bersatu If I Ain't Got You (duet Bersama Aisyah Aziz) Alicia Keys Ke-6
Minggu 5 Misteri Penghujung Rindu Dato' Jamal Abdillah Ke-5
Minggu 6 No Retreat No Surrender Arjuna Dewa 19 Ke-11
Minggu 7 Kau Ilhamku Gerhana Cinta Luka Iklim Ke-9
Minggu 8 Fun Fair Tok Ram Cek Mek Molek Dato' M. Daud Kilau Pertama
Minggu 9 Duet 2.0 (Astro Verse) Jampi (duet Bersama Zaki Yamani) Hael Husaini Ke-9
Minggu 10 (Suku Akhir) Fiesta Muzika Cindai Dato Sri Siti Nurhaliza Ke-9 (Tersingkir)
Gambus Jodoh Tan Sri P. Ramlee

Kehidupan peribadi

Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Aliff dan kakak kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Bella Astillah, melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor.[2]

Aliff dan Bella bercerai pada Mei 2019 namun kembali bersatu pada April 2020.[3] Mereka mempunyai dua orang anak.

Diskografi

Album studio

  1. Aliff (2007)
  2. It's Aliff's Time (2010)
  3. Aliff Aziz (2012)
  4. Rebirth (2016)

Single

  1. Keajaiban Cinta - duet bersama Adira (2012)
  2. Tak Ada Cinta Sepertimu - duet bersama Siti Nordiana (2014)
  3. Selayaknya Aku (2014)
  4. Dan Lagi Cinta - duet bersama Emma Suhaimi (2015)
  5. Warna Cinta - duet bersama Kilafairy (2016)
  6. Coba (2016)
  7. Sandar Padaku - duet bersama Mira Filzah (2017)
  8. Tetap Disini - duet bersama isterinya Bella Astillah (2022)
  9. Genggam (2023)

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Almari Ajaib Drama Mediacorp
Khayalan Kameo
2012 Antara Kita Aril TVi
Sepai Asmaun TV1
Tiara Kamal Astro Prima
2013 Nurul Kasih Izham TV2
Epilog Cinta Khirana Sharqir Ikhwan TV3
2014 Jodoh (Musim 2) Syed Azmi Astro Ria
2016 Sayangku Kapten Mukhriz Dr. Faizal TV3
2017 Di Sebalik Wajah Amir Hisyam Hypp Sensasi
Meh Sandar Pada Aku Dr. Syed Nadzhan TV3
Meh Sandar Lagi
2018 Melankolia Zain
Halalkan Hati Yang Ku Curi Faiq
Sejuta Rasa Buat Adelia Chef Syed Idlan Astro Ria
2022 Jodohku Babysitter Adam Farhan
Cina Buta Aliff
2023 Ku Akad Kau Dengan Bismillah Luth Mikail TV3
Tentang Hati Dia Wafi
2024 Dia Dari Syurga Ahmad Kalil TV1

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Cinta Vlog Shezz TV9
2013 Gerhana Man TV1
Tiga Dosa
Dia Ayahku TV2
Raya Pak Pak Pong Angah TV3
2017 Love You Miss Pomen Remy TV9
2021 Dosa Itu Bukan Miliknya Fitri TV2
2022 Sekolah Sampah Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Gegar Vaganza (musim 8) Peserta Astro Ria
2022 Sepahtu Reunion Live Al-Puasa Kameo Astro Warna Episod: "Sirnanya Ramadan"
Rayakustika 2022 Pengacara Suria
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya Dirinya sendiri Astro Ria
2023 All Stars Gegar Vaganza Peserta

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

  1. ^ Rahman, Noor (24 April 2013). "Aliff Aziz talks about his bad-boy image in Malaysia". The New Paper. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-11. Dicapai pada 19 June 2013.
  2. ^ The New Paper (12092016). Local singer-actor Aliff Aziz gets married in Kuala Lumpur, Latest Singapore News Retrieved 3 March 2017.
  3. ^ Hamdan, Nurbaiti (16 May 2019). "Aliff Aziz, Bella Astillah officially divorced". The Star. Malaysia. Dicapai pada 16 May 2019.

Pautan luar