Meh Sandar Pada Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Meh, Sandar Pada Aku!
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya
Ditulis olehMarr Mohammad
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Aliff Aziz
Mira Filzah
Jaja Iliyes
Asyraf Aley
Redza Rosli
Aidit Noh
Fiza Halim
Badrul Muhayat
Lagu pembukaanSandar Padaku - Aliff Aziz & Mira Filzah
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Tempoh siaranJumaat - Ahad, 7 malam
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Siaran asal26 Februari 2017 – 14 April 2017
Kronologi
MengikutiCinta Roller Coaster
Diikuti olehCucu Tauke Beras

Meh Sandar Pada Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Emi Suffian, di bintangi oleh Aliff Aziz, dan Mira Filzah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 26 Februari 2017 mengantikan Cinta Roller Coaster. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak lurus bendul tidak bertempat. Afnan Tasneem sedang menjalani latihan amali di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Di sana, bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan 'spesies lelaki terancam' iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga 'papa' dan 'mama'nya, dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Penerimaan Afnan Tasneem sebagai budak praktikal di bawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Sepanjang tempoh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering dibuli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem banyak meluahkan rasa tidak puas hati akan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal, seorang budak praktikal Dr Syed. Di mata lelaki, Adam Naufal tahu bahawa Dr Syed suka akan Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi mencemburukan Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya.

Keadaan lebih bercelaru apabila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Dr Syed berancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed, dia juga telah ditunangkan dengan Dr Aleesya. Aleesya yang memburu cinta Dr Syed dari kecil gembira akan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo, Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.

Berita kematian ibu dan ayahnya membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tidak boleh menerima kenyataan tersebut dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
  • Aliff Aziz sebagai Dr. Syed Nadzhan
  • Jaja Iliyes sebagai Aleesya
  • Redza Rosli sebagai Adam Naufal
  • Aishah Ilias sebagai Mastura
  • Asyraf Aley sebagai Syed Emir
  • Azri Iskandar sebagai Syed Azhar
  • Badrul Muhayat sebagai Syed Irham
  • Raja Ema sebagai Juhara
  • Fiza Halim sebagai Farah
  • Marr Mohamad sebagai Dr Ram
  • Fendi Seman sebagai Zamarul
  • Aidit Noh sebagai Lukhman
  • Haff Ridzuan sebagai Syamil
  • Ustaz Nazeri Md Isa sebagai Tok Wan
  • Halimah Naim sebagai Mak Tam
  • Nafiez Zaidi sebagai Aiman
  • Yasmien sebagai Tyra
  • Che Puteh sebagai Zulina
  • Hanis Nabilah sebagai Prof Zara
  • Amelina sebagai Husna
  • Dania Aina sebagai Syarifah Emira
  • Adam Darwisy sebagai Syed Nadzhan (Kecil)
  • Shazzy Edora sebagai Aleesya (Kecil)
  • Nada Syuhada sebagai Salwa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Meh Sandar Pada Aku. MyInfoTaip. Dicapai 17 Ogos 2021