Menggapai Pelangi (album)
Penampilan
Menggapai Pelangi | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1993 | |||
Dirakamkan pada | 1993 | |||
Genre | Rock, Pop | |||
Syarikat | EMI Keluaran Semula : Universal Music Malaysia - 2016 | |||
Penerbit | M. Nasir | |||
Kronologi Illusi | ||||
| ||||
Single daripada Menggapai Pelangi | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Menggapai Pelangi merupakan album studio ketiga dan terakhir dari kumpulan Illusi yang dikeluarkan pada tahun 1993. Album ini hit dengan lagu berentak irama Malaysia yang berjudul Inang Bujang Dan Dara ciptaan sepenuhnya oleh M. Nasir dan lagu ini turut menjadi siulan ramai sehingga kini. Lagu Inang Bujang Dan Dara juga melayakkan mereka ke pertandingan akhir Juara Lagu 1993 di bawah kategori Irama Malaysia. Album ini diterbitkan oleh M. Nasir sendiri tetapi kali ini di bawah label EMI, tidak seperti dua album mereka yang sebelum ini. Selepas album ini, kesemua anggotanya membawa haluan masing-masing dan vokalisnya, Ayai meneruskan kerjaya muziknya secara solo.
Senarai Lagu
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Menggapai Pelangi" | Azam Dungun | Awang BPR | ||
2. | "Seribu Bahasa Sendu" | Al-Heikel | M. Nasir | ||
3. | "Perjuangan" | Abdi | M. Nasir | ||
4. | "Untukmu Bulan Dan Matahari" | Salasiah | Adi Jagat | ||
5. | "Gading" | Al-Heikel | M. Nasir | ||
6. | "Semakin Pasti" | Usop | M. Nasir | ||
7. | "Lelaki Di Padang Semalam" | Bob | M. Nasir | ||
8. | "Gurauan Illusi" | S. Amin Shahab | M. Nasir | ||
9. | "Hanyut Di Lautan Nafsu-Nafsi" | Loloq | M. Nasir | ||
10. | "Inang Bujang Dan Dara" | M. Nasir | M. Nasir | ||
Line-Up
[sunting | sunting sumber]- Ayai - Vokal
- Leman - Gitar
- Shah - Keyboard
- Yem - Bass
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Pertandingan | Judul Lagu | Kategori | Komposer | Senikata | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
Anugerah Juara Lagu 1993 | Inang Bujang Dan Dara | Irama Malaysia | M. Nasir | M. Nasir | Tercalon |