Anugerah Juara Lagu ke-8

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-8
Tarikh19 Disember 1993
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraAzwan Ali
Fauziah Ahmad Daud
Aznil Nawawi
Tempoh Tayangan2 jam 30 minit
Juara Lagu"Teratai Layu di Tasik Madu"


Juara Lagu 1993 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1993. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 19 Disember 1993 dan diacarakan oleh Azwan Ali, Fauziah Ahmad Daud dan Aznil Nawawi. Format kategori bagi tahun ini telah ditukar iaitu daripada Pop Kreatif dan Rock kepada Balada dan Pop Rock.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu 1993, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 1993.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-8:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Ratnaku" M. Nasir Rosli Khamis (Nurbisa) Roy Alwi "Roy"[1] Universal - EMI Finalis
Irama Malaysia "Rumah Kecil Tiang Seribu" Ahmad Kadir Habsah Hassan Azian Mazwan Sapuwan "Impian" [2] New Southern Records Finalis
Balada "Dir" Azmi Hashim Habsah Hassan Rahim Maarof "Dir" [3] Universal - Redifussion Finalis
Pop Rock "Di Muara Sepi" Adam Ahmad Amran Omar Fauziah Latiff "Epilog Memori Gelita" [4] Universal - Happy Records Finalis
Irama Malaysia "Inang Bujang dan Dara" M. Nasir M. Nasir Kumpulan Illusi "Menggapai Pelangi" [5] Universal - EMI Finalis
Balada "Teratai Layu di Tasik Madu" Adam Ahmad S. Amin Shahab Fauziah Latiff "Epilog Memori Gelita" [6] Universal - Happy Records Juara
Juara Kategori
Persembahan Terbaik
Pop Rock "Kelmarin" Megat Ismail Ibrahim Megat Ismail Ibrahim Zur Eda "Zur Eda" [7] Sony Music - BMG Finalis
Irama Malaysia "Seni Berzaman" Mohd Zaki Mansur (To'ki) Mohd Zaki Mansur (To'ki) To'ki "To'ki 2" [8] New Southern Records Juara Kategori
Balada "Sampai Hati" M. Nasir Abdul Jalil Salleh (Juwie) Kumpulan Spring "Sampai Hati" [9] Sony Music Finalis
Pop Rock "Sudi Katakan Sudi" Adnan Abu Hassan Hasnol Hassan Ariff (Anol) Hasnol "Sudi Katakan Sudi" [10] Sony Music Juara Kategori
Irama Malaysia "Puteri Ledang" Salleh Suradi Salleh Suradi Lina Kamsan "Sirna" [11] Universal - Sinar Muzik Finalis
Balada "Teringin" Fauzi Marzuki Lukhman S Shima "Shima 3: Teringin" [12] Sony Music Finalis

Kemenangan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Keseluruhan Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff Adam Ahmad S. Amin Shahab
Juara Kategori Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Irama Malaysia Seni Berzaman To'ki To'ki
Balada Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff Adam Ahmad S. Amin Shahab
Pop Rock Sudi Katakan Sudi Hasnol Adnan Abu Hassan Hasnol
Anugerah Lain Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Tema AJL VOL II diguna pakai pada edisi kali ini dan video montaj lebih progressif menampilkan 3 jenis kategori yang dipertandingkan didalam AJL.
  • Buat kali kedua berturut-turut, kategori Balada memenangi Juara Lagu.
  • Hanya 2 kumpulan rock dapat sertai pentas akhir AJL kali ini, tetapi kedua-dua kumpulan tersebut bertanding dalam kategori berbeza, iaitu Kumpulan Spring dalam kategori Balada & Kumpulan Ilusi dalam kategori Irama Malaysia.
  • AJL kali ini juga memperkenalkan kembali kategori persembahan terbaik, cuma diubah format 1-2-3 kepada hanya 1 juara persembahan terbaik.
  • Edisi ini merupakan kejayaan pertama Adnan Abu Hassan dalam AJL dengan memenangi Kategori Pop Rock.
  • Edisi ini juga menampilkan pertama kali lagu berunsur Tribute layak masuk ke pentas akhir AJL, dengan lagu "DIR" nyanyian Rahim Maarof ditujukan kepada Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992.
  • Aishah menjadi penyanyi jemputan menyampaikan beberapa lagu popular beliau.
  • Juri profesional AJL 8 terdiri daripada Mike Bernie, Ali Bakar, Yusni Hamid, Dr Ariff Ahmad, Zubir Ali, Khairil Johari Johar, Johan Abdullah, Manan Ngah, Ahmad Nawab (Ketua Juri) dan Selvathy (Juruaudit TV3)
  • Purnama Booty merupakan selaku pengarah muzik bagi band yang mengiringi setiap persembahan solo bagi Edisi kali ini.