Menongkah Kasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Menongkah Kasih
24159131840 cd2d968b18 b.jpeg
GenreDrama
Cinta
PengarahAyie Mustafa
Dibintangi oleh
Ayda Jebat
Ana Dahlia
Beego
Zarina Zainuddin
Aidil Aziz
Fikhree Bakar
Zaid Zahari
Lagu pembukaanHalang "nyanyian" Fahmi Esmail
Lagu penutupHalang "nyanyian" Fahmi Esmail
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Tempoh siaranSelasa - Jumaat, 8:30 malam (Ulangan di TV3 pada setiap hari Isnin - Khamis mulai 1 Februari 2016)
Syarikat penerbitan
Sha's Media Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Siaran asal26 Januari 2016 [ulanganya di TV3 pada 1 Februari 2016]

Drama Menongkah Kasih ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Azalea TV9.Dibintangi oleh Ayda Jebat, Zarina Zainuddin dan Ana Dahlia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat). Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin. Riyana pula ialah gadis liar yang terlalu mengikut kata-kata rakan-rakanya sehingga hamil anak luar nikah. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar. Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu. Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Rahmah
  • Ayda Jebat sebagai Riyana
  • Ana Dahlia sebagai Reffa
  • Aidil Aziz sebagai Aidil
  • Beego sebagai Helmi
  • Fikhree Bakar sebagai Shahrul
  • Laila Nasir sebagai Hamidah
  • Adam Lee sebagai Jo
  • Mas Hadzeem Khan sebagai Ismail
  • Yra Fauzi sebagai Hamidah
  • Zaid Zahari sebagai bapa Helmi

Rujukan[sunting | sunting sumber]