Aidil Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aidil Aziz
KelahiranMohd Aidil bin Abdul Aziz
(1987-07-26) 26 Julai 1987 (umur 31)
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009-kini
PasanganFasha Sandha (k. 2019)

Mohd Aidil bin Abdul Aziz atau lebih terkenal sebagai Aidil Aziz (Jawi: عيد العزيز; lahir 26 Julai 1987) ialah pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali dengan melakonkan watak sebagai Saiful di dalam drama Saiful Nita di Slot Samarinda TV3.[1] Populariti Aidil mula melonjak naik selepas kejayaan lakonan beliau dalam drama itu, yang memegang watak utama sebagai Saiful dan digandingkan bersama pelakon dan penyanyi, Kilafairy yang diarahkan oleh Emi Maziah.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Seri Kembangan, Selangor. Aidil bertunang dengan pelakon Fasha Sandha pada 18 November 2018 dan majlis pertunangan mereka hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.[3][4] Mereka berdua sebelum ini pernah menafikan pertunangan mereka sebelum membuat pengumuman rasmi.[5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2016, Aidil dan dua rakannya dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan mengedar dadah jenis ganja seberat 465.61 gram mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut[6] dan dibebaskan dari tali gantung.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2010 Kapoww Azizi "Chunk" Adnan Filem pertama
Evolusi KL Drift 2 Syamsul Yusof
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Koperal Mohd Nasir Mohd Nordin Bade Hj. Azmi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2009 Akademi Polis TV9
2010 Bola Cinta Jamal TV2
2011 Nilapura Laksamana Daka TV3 Slot Aksi
2012 Trilogi Cinta 2 Shah TV1
Masyitah TV1
Saiful Nita Saiful TV3 Slot Samarinda
Nur Melinda Hakim Astro Prima
Ms. Cinta Nik TV1
Cinta Shanxi Zariq TV1
2013 Dan Calonnya Adalah Karim Tonton
Tanah Kubur Musim 9: "Tatu" Aziz Astro Oasis
Selamat Malam Kekasih Misyal TV AlHijrah
Ramadan Ravi TV2
Hujan Hisyam TV3 Slot Azalea
Asmara Luna Adam TV3 Slot Samarinda
Impak Cinta Hafiz TV1
Dalam Setiap Sujud Daniel TV9
2014 Romi Cinta Julia Jeffri TV3 Slot Lestary
2015 Keluarga Karaoke Shah Astro Mustika HD
Tabir Zulaikha Feroz TV3 Slot Samarinda
Hati Perempuan Nizam TV3 Slot Akasia
Menongkah Kasih Aidil TV9 Slot Azalea
2016 Lara Terindah Andi TV3 Slot Akasia
2018 Mona Lisa Astro Prima Slot Tiara
Isteri Dalam Sangkar Tengku Haziq HyppTV
Cinta Lemon Madu Firash TV3 Slot Lestary
Vila Ghazara Adrian TV3 Slot Akasia
2019 Pujaan Hati Kanda Syafiq TV3
Kamar Kamariah Hisyam TV3 Slot Akasia

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2009 Menantu 3 Rasa TV1
2010 Demi Masa Rahimi Astro Oasis
2012 Cinta Parut Izwan TV1
Adi dan Meon Adi TV2
Lorong Cahaya Amin TV3
2013 Cinta Gila Zaman TV3
Dahlia
Loncat Cikgu Rashid TVi
Pesona Ayah Armin TV3
Kampungku dan Aidiladha Arman TV3
Di Penghujung Dendam Haikal TV1
Rotibom Maktom TV9
Siti Aisyah TV1
2017 Parut Maliki TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Siaran TV Catatan
2013 Betul ke Bohong? Astro Warna
Liga Lawak Superstar TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aidil Aziz tiba-tiba popular Mangga Online. Diperoleh pada 7 Disember 2013.
  2. ^ Aidil cinta bola Utusan Malaysia (5 Mei 2012). Diperoleh pada 7 Disember 2012.
  3. ^ Aida Rismariza Kamarudin (19 November 2018). "Fasha Sandha, Aidil Aziz bertunang hari ini". Utusan Malaysia. Dicapai 24 November 2018. 
  4. ^ Aref Omar (19 November 2018). "#Showbiz: 'He won my kids over' - Fasha Sandha on fiancé". New Straits Times. Dicapai 24 November 2018. 
  5. ^ "Fasha, Aidil nafi bertunang". Astro Awani. 26 Oktober 2018. Dicapai 24 November 2018. 
  6. ^ Pertuduhan Aidil Aziz dan dua rakan dipinda kepada miliki ganja Utusan Malaysia (7 Disember 2016). Dicapai pada 18 Januari 2017.
  7. ^ Azwa Rahman (8 Disember 2016). Pelakon Aidil Aziz Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati Rojak Daily. Dicapai pada 18 Januari 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]