Zarina Zainuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zarina Zainuddin
Kelahiran
Nur Zarina binti Mohd Zainuddin

(1970-12-24) 24 Disember 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1989–kini
PasanganDato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar (k. 1993)
Anak-anak
  • Muhammad Adam Azrai Abu Raihan
  • Muhammad Naim Azrai Abu Raihan
  • Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal)
  • Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil)
  • Siti Nabilla Abu Raihan (tiri)
  • Siti Naqiah Abu Raihan (tiri)
IbuZahura Abdul Mutalib
BapaMohd Zainuddin Ibrahim
Saudara

Nur Zarina Mohd Zainuddin (Jawi: زارينا زين الدين; lahir 24 Disember 1970) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1]

Beliau memulakan kerjayanya pada 1989 apabila beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian wajah dan memenangi tempat ketiga. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Sumpahan Berdarah yang dikeluarkan pada tahun sama. Zarina telah membintangi filem-filem termasuk Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Zarina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak[2] dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Lyana Sulaiman.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Minat Zarina terhadap bidang seni muncul dek kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja Zarina untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.

Selepas kejayaan itu, beliau telah mencuba nasib sebagai pelakon di Sarimah Film Production dan mendapat tunjuk ajar serta asas lakonan daripada Datuk Sarimah Ahmad. Bermula dari saat itu, Zarina berpeluang untuk berlakon dalam filem pertamanya berjudul Sumpahan Berdarah (1989) diikuti Lirikan Siluman Ular dan Sepasang Mata Maut.[3]

Selain itu, beliau juga pernah merakamkan album bersama arwah adik tiri beliau iaitu Lyana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli M. S. suatu ketika dahulu.[4]

Zarina membintangi telefilem khas raya yang berjudul Huru Hara Raya yang ditayangkan di TV3 pada Raya Pertama iaitu 25 Jun 2017. Telefilem terbitan Arie Zaharie Production ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang, sepasang suami isteri yang mempunyai perniagaan yang diusahakan sendiri. Mereka juga sibuk melakukan persiapan untuk majlis perkahwinan anak mereka. Kejadian huru hara berlaku apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan. Telefilem ini juga dibintangi oleh Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi dan ramai lagi. Pada Syawal kedua, Zarina muncul dalam sebuah telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1.

Pada tahun 2019, beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara di slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Puan Intan.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zarina telah berkahwin dengan Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.[6] Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal)[7] dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil). Dua daripada empat anak beliau menghidap autisme.[8][9][10]

Beliau buat julung kalinya telah mendedahkan wajah suami dan madunya, Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor kepada umum padal awal tahun 2015 kerana selama ini beliau menyimpan kemas rahsia berkenaan. Zarina berbuat demikian kerana tidak mahu masyarakat menimbulkan spekulasi tentang status perkahwinannya terutama selepas kisah dirinya kembali solo bertebaran.[11] Zarina mendedahkan pada Mac 2018 bahawa beliau telah hidup bermadu selama 25 tahun.[12]

Pada 2 Oktober 2019, Zarina dikenakan hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya pada jam 11.45 pagi, 9 Januari 2019.[13][14]

Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Mas Anizan.[15]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Kisah Kaisara Cikgu Jasmin TV3 Pelakon undanganip
2009 Senja Permai Astro Ria
Gerak Khas (Musim 11) Zeti TV2 Episod: "Bomoh Oh Bomoh"
Hani Episod: "Identiti Misteri"
Kamelia Katrina Astro Prima
2010 Gerak Khas (Musim 12) Rozie TV2 Episod: "Cabaran"
2011 Ana lu'lu TV3
Tihany Aishah TV9 Pelakon undangan
2011–2012 Nilapura Permaisuri Bimasakti TV3
2011–2013 6 Progresif Cikgu Zarina TV9
2012 Bicara Hati Raja Khalida Astro Prima
Bonda TV3
2013 Janji Shirah tidak dikreditkan
Teduhan Kasih[16] Kaklong
Plus One Mama Shasha TV9
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Zarina Astro Oasis Episod : "Qasaf"
Lara Ameena Sehah TV1
Istikharah Cinta Datin Amnah TV3
Kifarah (Musim 2) Misleha Episod : "Seri Muka"
2015 HidayahMu Ramadan Datin Rugayah
Bidadari Melati
2016 Gerak Khas (Musim 16) TV2 Episod: "Skandal"
Menongkah Kasih Datin Rahmah TV9
Surah Buat Maisarah Datin Zuraida TV3
Love You Mr. Arang Mak Tom
2016–2017 Isteri Tuan Ihsan Puan Sri Halimah Astro Ria
2017 Oh My Pondok Astro Oasis Pelakon undangan
Ku Kirim Cinta Zainab TV3
Cinta Di Langit Cardiff Nelle TV2
Raisha Shida TV3
2017–2018 Dia Datin Salina
2018 Tak Ada Cinta Sepertimu Rohani Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi TV3 Pelakon undangan
Mencari Qiblat Pelakon undangan
2019 30 Pesanan Suara Puan Intan
2020 Camelia Puan Aina
Bidadari Kiriman Tuhan Maria Astro Ria
Budak Tebing Sabrina TV3
2021 Kekasih Hati Mr Bodyguard Datin Izzah
Budak Tebing 2 Sabrina
Derita Untuk Bahagia Maryam Astro Prima
i-Tanggang Ummi Yus Astro Citra
Ustazah Robotik Datin Sufinah TV AlHijrah
Mr. Millennium Jenab TV9
2022 Jiwa Wanita
Ash & Aish Puan Suraya Astro Ria
Kids Nowadays
Seindah Cinta Angah TV Okey
Budak Tebing 3 Sabrina TV3
2023 Bukan Lelaki Terhebat Puan Zalina
Bukan Puteri Lindungan Bulan Datin Fariza
Rajuk Karina Datin Nisa
TBA Budak Tebing 5 Sabrina TV3

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1989 Sumpahan Berdarah Filem pertama
Sepasang Mata Maut
1990 Lirikan Siluman Ular
1991 Bintang Malam Aida
1992 Interlud
1993 Tarik-Tarik
Antara Gadis Seha
Fantasi
1995 Ringgit Kasorrga
2010 Lagenda Budak Setan Mak Leha
2011 Momok Jangan Panggil Aku Nik
2012 Lagenda Budak Setan 2: Katerina Mak Leha
2013 Gila-Gila Remaja 2 Datin
Ular Rohani
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Ibu Hardy
2015 Girlfriend Kontrak Latifah
2020 Keluarga Iskandar The Movie Penampilan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Hati Seorang Perempuan TV1
Prebet Jamilah Ibu Jamilah Astro Ria
2012 Takbirku Bernoktah Bedah Astro Oasis
2014 Ya Habibi TV2
2015 Cik Puan Sinderella Puan Salina Astro Ria
Projek Bakar Lemak Maryam TV1
Abang Haji TV3
2016 Angin Cinta Astro First Eksklusif
Ketika Daun Berzikir TV3
Anak Mat Salleh Tapi Melayu Kak Rose
2017 Huru Hara Raya
Serondeng Daging Abang Sado TV1
Projek Kuih Raya Mak Leha Mak Leha TV9
2018 Luyak Zaleha TV2
Radio Buruk TV1
2019 Takkan Gentar TV3
2022 Indah Pondok Dari Mahligai Awesome TV
Kasih Dari Syurga Suhaira TV2
Ragam Sang Suami Rohani
TBA Cupcake Coklat Mama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Inspirasi Taqwa Dato' Siti Nurhaliza Tetamu Jemputan Astro Oasis
2020 Rasa Anak Emak Anak Bapak Pasangan Anak Emak (Artis Pilihan) Astro Prima bersama Azal Azrai
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) TV3
2021 Jom Berbuka Artis Jemputan TV3 bersama Azal Azrai
Mini Me Bakes Naura HD
2023 Women Talk Tetamu Jemputan TV3 bersama Azal Azrai

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2017 Ridsect: Sempena Hari Ibu

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugera Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Anugerah Skrin 2009 Pelakon Wanita Terbaik Becha Usang Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Azhari Zainoodin (23 Mei 2011). "Cerita 2 Zarina". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-27. Dicapai pada 27 Jun 2011.
  2. ^ "Dieksploitasi hiburan". Kosmo!. 31 Mei 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-07. Dicapai pada 28 Jun 2009.
  3. ^ Amirah Amaly Syafaat (19 April 2015). "Zarina Zainuddin dikawal ketat - Hiburan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-25. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  4. ^ "Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup". mStar Online. 8 Ogos 2011. Dicapai pada 8 Ogos 2011.
  5. ^ Farhana Ab Rahman (20 Mac 2019). "Zarina berlakon hilang stres". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  6. ^ ""Abang kahwib sebab kesian saja" - Zarina Zainuddin dedah punca jadi isteri kedua". Astro Awani. 18 Julai 2018. Dicapai pada 3 September 2018.
  7. ^ Nor Eryani Yusup (12 September 2016). "Bekalan syurga Zarina Zainuddin". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-16. Dicapai pada 13 September 2016.
  8. ^ Saadiah Ismail (22 Mac 2016). "Zarina Zainuddin tabah besarkan anak autisme". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2016.
  9. ^ Zubir Sulaiman (4 Februari 2020). "Jangan kurung anak autisme: Zarina Zainuddin". Dicapai pada 3 September 2020.
  10. ^ Farhana Ab Rahman (17 September 2018). "Tak sanggup pisahkan mereka". Berita Harian. Dicapai pada 17 September 2018.
  11. ^ "Rahsia 21 tahun - Zarina Zainuddin akhirnya dedah wajah suami dan madu". MYARTIS.com. 5 Januari 2015. Dicapai pada 10 Januari 2015.
  12. ^ Norhayati Nordin (20 Mac 2018). "Bahagia 25 tahun bermadu". Harian Metro. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  13. ^ Murni Wan Omar (2 Oktober 2019). "Zarina Zainuddin didenda RM17,500". Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2020.
  14. ^ Azlina Mazli (2 Oktober 2019). ""Produk saya bukan racun dan timbang kilo!" - Zarina Zainuddin dakwa dianiaya, individu desak beli produk sebelum rumah diserbu pihak berkuasa". mStar Online. Dicapai pada 28 Jun 2020.
  15. ^ Suhaidah Abd Wahab (19 Jun 2019). "Mas Anizan, Wilma & Zarina kongsi kemeriahan Aidilfitri". Mingguan Wanita. Dicapai pada 29 Julai 2019.
  16. ^ Faten Saphilla Mohamad Isa (24 Ogos 2009). "Zarina dipukul penjual sayur". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 28 Jun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]