Minit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Satu minit adalah satu unit bagi masa yang bersamaan dengan 1/60 jam dan juga 60 saat. (Sesetengah minit yang jarang-jarang berlaku mempunyai 59 atau 61 saat; lihat saat lompat.) Untuk tujuan-tujuan saintifik, minit adalah satu unit bagi masa yang adalah bersamaan dengan kira-kira 1/1600 hari, atau 54 saat (lebih tepat lagi, 53.9121 saat). Ia dikenali sebagai minit semula jadi untuk membezakannya daripada minit konvensional. Ia adalah bersamaan dengan 1045 masa Planck.

Dalam bidang geometri, seminit adalah satu unit bagi sudut, iaitu 1/60 darjah. Ia kemudiannya juga dikenali sebagai satu minit sudut atau minit lengkok, dan boleh dibahagikan selanjutnya kepada 60 saat lengkok.

Dalam bidang astronomi, minit adalah satu unit sudut dan masa, 1/60 sejam jarak hamal. Ia kemudiannya dikenali sebagai minit jarak hamal, dan seterusnya boleh terbahagi kepada 60 saat jarak hamal.

Simbol untuk satu minit masa (atau jarak hamal) adalah min.

Simbol untuk satu minit lengkok adalah satu prima (′). Misalnya, lima belas minit boleh ditulis sebagai 15′. Walau bagaimanapun, koma atas atau tanda petik tunggal ('), adalah lebih biasa digunakan.

Bumi berputar mengelilingi paksi kutubnya melalui lima belas minit lengkok dalam setiap minit masa. Satu minit lengkok Khatulistiwa Bumi adalah kira-kira satu batu nautika.

Sejam mengandungi 60 minit berkemungkinan disebabkan pengaruh daripada tamadun Babylon, yang menggunakan sistem pembilangan asas 60.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]