Sistem angka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Angka ialah suatu simbol atau kelompok simbol, atau suatu perkataan dalam bahasa tabii yang melambangkan nombor. Angka berbeza dengan nombor seperti mana perkataan berbeza daripada benda-benda yang dimaksudkannya. Simbol-simbol "11", "sebelas" dan "XI" merupakan angka yang berbeza tetapi kesemuanya melambangkan nombor yang sama. Rencana ini cuba menjelaskan pelbagai sistem angka.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Greek (Ionia)
Ibrani
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Sistem angka (atau sistem pengangkaan) ialah sejenis rangka kerja yang mana satu set nombor dilambangkan melalui angka secara konsisten. Sistem angka boleh dilihat sebagai konteks yang membolehkan angka "11" ditafsir sebagai angka perduaan untuk tiga, angka perpuluhan untuk sebelas, atau mana-mana nombor lain dalam asas-asas berbeza.

Secara ideal, sesuatu sistem angka mesti:

  • Menggambarkan satu set nombor yang berguna (contohnya, semua angka bulat, integer, atau nombor nyata)
  • Memberi setiap nombor yang dilambangkan dengan perlambangan yang unik (atau sekurang-kurangnya gambaran yang piawai)
  • Mencerminkan struktur algebra dan aritmetik nombor-nombor

Contohnya, gambaran perpuluhan yang lazim bagi nombor bulat memberikan satu perlambangan yang unik setiap satu nombor bulat sebagai susunan urutan digit yang terhingga, dengan adanya operasi-operasi aritmetik (penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian) sebagai algoritma piawaian bagi aritmetik. Bagaimanapun, apabila perlambangan perpuluhan digunakan untuk nombor nisbah atau nombor nyata, maka perlambangannya tiak unik lagi: kebanyakan nombor nisbah mempunyai dua angka, iaitu satu bentuk piawai yang berakhir, seperti 2.31, dan satu lagi yang menjadi semula, seperti 2.309999999… . Angka yang berakhir tidak ada digit bukan zero selepas satu kedudukan yang diberi. Contohnya, angka-angka 2.31 dan 2.310 dianggap sama nilai, kecuali dalam kajian sains, yang mana ketepatan ditandai dengan sifar di belakang.

Kadang-kala, sistem angka juga dipanggil sistem nombor, tetapi itu tidak tepat kerana istilah sistem nombor menyentuh pelbagai sistem nombor, seperti sistem nombor nyata, sistem nombor kompleks, sistem nombor p-adik, dan sebagainya. Sistem-sistem sedemikian bukanlah topik yang dibincangkan dalam rencana ini.

Jenis sistem nombor[sunting | sunting sumber]

Kebelakangan ini, sistem angka yang paling laris digunakan dikenali sebagai angka Hindu-Arab yang dipercayai dicipta oleh dua orang ahli matematik India yang tersohor. Āryabhaṭa dari Kusumapura yang hidup pada abad ke-5 mengembangkan notasi nilai tempat, diikuti seabad kemudian oleh Brahmagupta yang memperkenalkan simbol sifar.

Sistem angka yang paling ringkas ialah sistem angka sesatu, yang mana setiap nombor tabii dilambangkan oleh bilangan simbol yang bersamaan. Contohnya, jika simbol / dipilih, maka nombor tujuh boleh dilambangkan sebagai ///////. Kira markah merupakan salah satu sistem sebegini yang masih digunakan pada masa kini. Secara praktis, sistem sesatu lazimnya hanya berguna untuk nombor kecil, namun memainkan peranan penting dalam sains komputer teori.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]