Pergi ke kandungan

Mir (pelayan paparan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mir
Pembuat asalCanonical Ltd.
PembangunCanonical Ltd.
Pelancaran pertama2013 (jangkaan)
Versi terkini/stabil
2.19.0 (2 Disember 2024)
Versi pratonton0.0.9 (11 Ogos 2013; 11 tahun yang lalu (2013-08-11)[1])
Ditulis dalamC++
Sistem pengendalianLinux
JenisDisplay serverPerisian bebas dan sumber terbukaWayland compositor
GenrePelayan paparan
LesenGPLv3[2]
Pautan berkaitan
Tapak webunity.ubuntu.com/mir/
wiki.ubuntu.com/Mir/Spec
Repositori
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mir ialah sebuah pelayan paparan untuk Linux yang sedang dibangunkan oleh Canonical Ltd. Ia dijangka akan menggantikan X Window System yang kini diguna oleh Ubuntu.[3][4][5]

Mir diumumkan oleh Canonical pada 4 Mac 2013. Ia dibangunkan supaya Unity 8, generasi antara muka pengguna Unity yang seterusnya, boleh dibangunkan.[3]

Teknologi

[sunting | sunting sumber]

Seperti Wayland, Mir dibina di atas EGL[6] dan memakai sesetengah prasarana yang asalnya dibangunkan untuk Wayland[7] seperti pelaksanaan EGL Mesa[6] atau libhybris Jolla.[8][9] Lapisan keserasian untuk X, XMir, adalah berasaskan XWayland.[10]

Bahagian prasarana lain yang digunakan oleh Mir berasal daripada Android. Ini termasuklah tindanan input Android[11] dan Protocol Buffers Google.[12]

Pada 23 Julai 2013, pembangun Compiz Sam Spilsbury mengumumkan sebuah port bagi XBMC ke Mir.[13] Pada hari yang sama, pembangun Canonical Oliver Ries mengesahkan bahawa “inilah pelanggan Mir sejati yang pertama di luar sana”.[14] Setakat Ogos 2013 hanya Unity 8 Canonical sahaja yang diumumkan sebagai persekitaran atas meja yang mempunyai sokongan sejati untuk Mir dan tiada edaran Linux lain, yang bukan berasaskan Ubuntu, mengumumkan rancangan untuk memakai Mir sebagai pengurus paparan lalai. Antara terbitan Ubuntu yang menggunakan persekitaran selain Unity, para pembangun Xubuntu mengumumkan pada awal Ogos 2013 untuk cuba menjalankan Xfce menerusi XMir[15] namun tiga minggu kemudian memutuskan untuk tidak memakainya.[16]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Mir 0.0.9". Mir Bazaar. Canonical Ltd.
  2. ^ "Mir:readme". Ubuntu. Dicapai pada 2013-06-09.
  3. ^ a b "MirSpec – Ubuntu Wiki". Wiki.ubuntu.com. Dicapai pada 2013-03-06.
  4. ^ "Canonical reveals plans to launch Mir display server – Update – The H Open: News and Features". H-online.com. 2013-02-24. Dicapai pada 2013-03-06.
  5. ^ Brodkin, Jon (2012-05-17). "Ubuntu dumps X window system, creates replacement for PC and mobile". Ars Technica. Dicapai pada 2013-03-06.
  6. ^ a b "Canonical announced a new display server – Mir, and it is good for the consumer". Geek.co.il. 2013-03-12. Dicapai pada 2013-08-23.
  7. ^ Christopher Halse Rogers. "Tomorrow Comes Today: Mir and YOU!". Dicapai pada 2013-08-23.
  8. ^ Carsten Munk (2013-04-11). "Wayland utilizing Android GPU drivers on glibc based systems, Part 1". Mer Project. Dicapai pada 2013-07-03.
  9. ^ "libhybris in Launchpad". Launchpad.net. 2013-02-05. Dicapai pada 2013-07-03.
  10. ^ Thomas Voss (2013-03-04). "Mir – An outpost envisioned as a new home". Dicapai pada 2013-08-23.
  11. ^ "android-input README". Launchpad.net.
  12. ^ Christopher Halse Rogers. "Tomorrow Comes Today: Artistic differences". Dicapai pada 2013-08-23.
  13. ^ Sam Spilsbury (2013-07-23). "XBMC on Mir". Dicapai pada 2013-08-23.
  14. ^ Oliver Ries. "Sam Spilsbury is still the man". Google+. Dicapai pada 2013-08-23.
  15. ^ "XMir-Based Xubuntu Images Now Available". Phoronix.com. 2013-08-06. Dicapai pada 2013-08-23.
  16. ^ "Xfce-Based Xubuntu Will Not Ship XMir For 13.10". Phoronix.com. Dicapai pada 2013-08-23.