Kaum Miriek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Miriek)
Lompat ke: pandu arah, cari

Kaum Miriek merupakan penduduk asal bumiputera di bandar Miri. Miri terletak hampir dengan sempadan Brunei di timur laut Sarawak.

Mereka juga terdapat di Miri, Pujut (Unan) Bakam, Lopeng (Lufieng), Lutong, Bekenu, Kuala Baram (Long Utan) Sibuti, Marudi, Tutong Brunei, Temburong Brunei, dan Kuala Belait.

Nama-nama tempat di sekitar Miri, Sibuti, Lutong yang ada membawa msksud dalam Bahasa miriek adalah seperti berikut :-

Miri - Miriek

Kuala sungei Miri - Long Miriek

Kuala Baram - Long Utan

Sungei Rait - Rait bermaksud pasir

Lopeng - Lufieng (sejenis daun untuk membuat lufai atau kelupis)

Brighton Road (kini Jalan Temenggong Lawai Jau), Brighton bersasal dari perkataan Miriek 'Beritan' bermasud tempat persinggahan berdekatan Muara sungei Miri (Long Miri) yang menjadi perhentian ulang alik kaum Miriek dari dan ke sekitar Kuala Baram, Lutong, Pujut, Lopeng ke Bakam, Berajeh (Beraya), dan Sibuti.

Tanjong Lobang - Teking Lubeng

Luak - Lu' ak yang bererti 'bay'

Pujut - Unan

Baraya - 'Berajeh' yang membawa maksud Buaya

Merbau - Merabuh yang bererti keruh

Liku - Liku dari perkataan 'Likouh' bermaksud sungai. Sungai Liku bermaksud Sungai sungai.

Canada hill - Lad kanada, Lad bermaksud bukit

Lutong berasal dari perkataan selutong iaitu pokok jelutong yang banyak tumbuh sekitar Lutong pada suatu ketika dahulu.

Pujut bererti - Punggut

Kampung Raan - Raan dari pokok bush Raan / Raas

Selepas Berajeh atau Beraya hingga Sibuti kebanyakan nama-nama tempat adalah berasal dari nama dalam Bahasa ethnic [Bakong / Bakaong / Bahung] yang berhijrah sekitar Beraya, Sungai Uban sebelum ke Kampung Menjelin, Rambai, Bekenu Asli, Kuala Satap (Setab bermaksud tebing dalam Bahasa Bakoung)

Kaum Miriek yang berhijrah ke Sibuti berkahwun dengan ethnik Bahoung dan [Daleh] yang banyak mental di kawasan Kayu Kapur Dan Bekenu Dan Kampung Rambai.