Mistirine Radin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mistirine Radin
Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
Memegang jawatan
13 Mei 2022
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
Dalam jawatan
26 November 2018 – 13 Mei 2022
Pemangku Pengarah Institut Aminuddin Baki
Dalam jawatan
19 Oktober 2017 – 25 November 2018
Timbalan Pengarah Latihan Institut Aminuddin Baki
Dalam jawatan
2 November 2015 – 7 Disember 2018
Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Dalam jawatan
24 April 2011 – 30 Oktober 2015
Pengerusi Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWaniS)
Dalam jawatan
26 November 2018 – 13 Mei 2022
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)
Dalam jawatan
8 Ogos 2019 – 15 April 2021
Butiran peribadi
LahirMistirine Binti Radin
25 Mei 1963
Kampung Perancangan Ranau Sabah, Malaysia

Mistirine Radin berasal dari Ranau Sabah. Beliau merupakan Penjawat Awam Kanan Persekutuan Malaysia dalam sektor pendidikan di Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan di Kementerian Pendidikan Malaysia di Bandar Enstek Negeri Sembilan dan Putrajaya, Malaysia..

Kerjaya Sektor Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mistirine Radin pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jemaah Nazir Pendidikan Negeri Sabah[1] dan Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan bermula dari 24 Januari Hingga 2011 hingga 30 Oktober 2015[2][3].

Selepas 4 tahun berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau kemudianya bertugas di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Kampus Induk Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Latihan Institut Aminuddin Baki bermula dari 2 November 2015 hingga 7 Disember 2018[4][5]. Di situ Mistirine Radin pernah memangku tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki selama setahun berikutan kekosongan Jawatan berikut , bermula dari 19 Oktober 2017 hingga 25 November 2018[6].

Setelah 3 tahun berkhidmat di Institut Aminuddin Baki, Mistirine Radin kemudianya kembali ke tanah kelahiran dengan berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah pada 26 November 2018[7]. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Sabah sehingga 12 Mei 2022.

Pada 13 Mei 2022 beliau kemudianya kembali berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru Kementerian Pendidikan Malaysia[8][9].

Sektor Korporat[sunting | sunting sumber]

Mistirine Radin pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Labuan[10] dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Pengajian Islam & Dakwah Sabah - IPDAS[11], ahli Board of Trustees Yayasan Sabah dan Ex-Officio Lembaga Pengarah Lembaga Kebudayaan Sabah. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Penasihat SAFA.

Bergiat Aktif Di Dalam Persatuan[sunting | sunting sumber]

Mistirine Radin mula aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah ;

  • Pengerusi Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (PeWaniS)[12].
  • Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pendidikan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)[13][14].
  • Yang Dipertua Persekutuan Pengakap Wilayah Persekutuan Labuan
  • Pengerusi Penaja dan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan Labuan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lawatan Rombongan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah Ke SMK Majakir". falco.wordpress.com.
  2. ^ "BERSAMA PENGARAH YANG BARU - PUAN MISTIRINE BINTI RADIN". hamkslazenda.blogspot.com.
  3. ^ "1, 203 calon duduki PT3 di Labuan esok". www.bharian.com.my.
  4. ^ "Mantan Timbalan Pengarah Institut Aminuddin Baki Induk". iab.moe.edu.my.
  5. ^ "Semua Guru Mungkin Dibenar Rotan Pelajar". iab.moe.edu.my.
  6. ^ "41 pengetua cemerlang di sekolah berprestasi rendah". www.bharian.com.my.
  7. ^ "Majlis Perpisahan YBrs. Puan Mistirine binti Radin, Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)". iab.moe.edu.my.
  8. ^ "Sabah gets new Education Director". www.dailyexpress.com.my.
  9. ^ "BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU". www.moe.gov.my.
  10. ^ "Dr Murnizam dilantik Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Labuan". wwwkam.ums.edu.my.
  11. ^ "AHLI LEMBAGA IPDAS". mypidas.islam.gov.my.
  12. ^ "PeWaniS Laksana Sepuluh Aktiviti Kebajikan Sepanjang Tahun 2019". www.suarapenggunasabah.com.
  13. ^ "Wanita main peranan penting dalam pentadbiran: Shafie". www.dailyexpress.com.my.
  14. ^ "MPWS rancang pelbagai aktiviti menjelang sambutan Hari Wanita". www.dailyexpress.com.my.
  15. ^ "Ismail Sabri, Hamzah Zainuddin Dan Jeffrey Kitingan Antara Penerima Darjah Kebesaran Tertinggi Sabah". sabahnews.com.my.