Ranau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ranau
Pekan Ranau
Pekan Ranau
Jata bagi Ranau
Etimologi: Ranahon dipanggil Sawah Padi
Lokasi pekan dan daerah Ranau
Lokasi pekan dan daerah Ranau
Ranau yang terletak di Malaysia Timur
Ranau
Ranau
Lokasi pekan dan daerah Ranau
Koordinat: 5°57′13.0″N 116°39′50.4″E / 5.953611°N 116.664000°E / 5.953611; 116.664000Koordinat: 5°57′13.0″N 116°39′50.4″E / 5.953611°N 116.664000°E / 5.953611; 116.664000
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
DaerahRanau
Kerajaan
 • Pegawai Daerah RanauMohd Yassin Bin Ibrahim
 • Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah)K.D Tuan Haji Mohd. Din Selinggong
 • MPYang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin (PPBM) (Ranau)
Luas
 • Jumlah3,555.5100000 km2 (1,372.79008572 batu persegi)
Populasi
 (2010)
 • Jumlah8,970
Zon waktuMST
Kawasan KejirananKundasang
Tamu MingguanSabtu
Laman webww2.sabah.gov.my/pd.rnu/ ww2.sabah.gov.my/md.rnu/
Stadium sukan Ranau

Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang. Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud. Daerah Ranau mempunyai 3 rangkaian jalanraya utama yang menghubungkannya dengan Bandar dan daerah seperti Kota Kinabalu, Pantai Timur Sabah dan Pedalaman. Jalanraya tersebut adalah jalanraya Ranau/Tamparuli, Jalanraya Ranau/Telupid dan Jalanraya Ranau/Tambunan. Sementara itu Jalanraya lain menghubungkan kawasan Pekan Ranau dengan kampung-kampung di Daerah Ranau.[1]

Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Asal-usul Ranau[sunting | sunting sumber]

Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.

Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Ranau pernah menjadi Daerah Kecil daerah Tambunan dan daerah Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an.[2]

Demografi penduduk[sunting | sunting sumber]

Etnik[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk sekitar Ranau[sunting | sunting sumber]

Jumlah populasi penduduk yang dicatatkan sekitar Ranau mempunyai penduduk seramai 8,970 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pembancian akan direkodkan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[3]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Ranau pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[4]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 352 6,487 250 37 764 670 24 98 288 8,970
2020 (Akan Datang)

Jantina[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Ranau pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[4]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 4,584 4,386 8,970

Geografi[sunting | sunting sumber]

Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Di antara ciri-ciri utamanya ialah banjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating (mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun dan bergunung ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap dan sejuk.[5]

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Bangunan Urusetia Daerah Ranau

Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5 km persegi. Walau bagaimanapun, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.

Bencana[sunting | sunting sumber]

Gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Dalam kes gempa bumi Ranau, yang pertama berlaku pada tahun 1966 dengan kekuatan magnitud 5.3 dan pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 yang telah menyebabkan beberapa keretakan kecil pada bangunan konkrit.[6] Namun pada tahun 2015 bersamaan hari Jumaat, jam 07:15 pagi, 05hb Jun, satu Gempa Bumi berukuran 5.9 skala rector telah melanda daerah Ranau.[7] Gempa bumi berkenaan berpusat di KM 10 puncak Gunung Kinabalu. Gempa ini adalah yang terkuat direkod dan telah menyebabkan kerosakkan teruk pada beberapa bangunan di daearah Ranau seperti bangunan rumah guru SMK Ranau, bilik darjah di SMA Mohd Ali Ranau, kubah masjid Ar Rahman Pekan Ranau, bangunan rumah kakitangan hospital Ranau dan banyak lagi. Gempa yang telah meragut 18 orang pendaki Gunung Kinabalu juga turut mematah satu puncak Gunung Kinabalu yang di kenali sebagai Donkey Ears Peak. Mangsa dipercayai telah ditimpa runtuhan batu granit yang jatuh akibat Donkey Ears Peak patah. Gempa ini juga turut dirasai di beberapa daerah lain di Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tambunan dan Sandakan.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Koko[sunting | sunting sumber]

Sebahagian ekonomi Ranau ialah tanaman koko. Seluas 1838 hektar ditanam dengan koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyeru 1,631 petani koko di Ranau menggunakan klon koko bermutu tinggi. Biji koko kering lebih tinggi harganya berbanding harga koko basah. LKM menggalakkan pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Tan Sri Bernard Dompok mahu Ranau terkenal dengan industri koko.[8] Pada tahun 2020, Yang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin iaitu Ahli Parlimen Ranau, menjelaskan program pembangunan rantaian kluster koko merupakan satu program berkonsepkan 'Biji Koko Hingga Ke Produk Coklat' (Farm To Table) bermaksud aktiviti penanaman koko dan penjualan biji koko hingga pengeluaran produk coklat. Program ini terus menjadi sumber pendapatan melalui perniagaan yang berkaitan dengan Agro-Pelancongan.[9]

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah rendah[sunting | sunting sumber]

Bilangan Sekolah Rendah di bawah Seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau adalah sebanyak 71 buah sekolah yang dibahagikan kepada 8 zon iaitu:

  1. Zon Pekan
  2. Zon Tengah
  3. Zon Kinabalu
  4. Zon Selatan
  5. Zon Timur
  6. Zon Utara
  7. Zon Ulu Sugut
  8. Zon Garas
  • SK Libang Kg. Libang
  • SK Kilimu Kg. Kilimu
  • SK Kimondou Kg. Kibbas
  • SK Lipasu kg. Lipasu
  • SK Waang Kg. Waang
  • SK Mohimboyon Kg. Mohimboyon
  • SK Kundasang Kg. Kundasang
  • SK Kauluan Kg. Kauluan
  • SK Kinasaraban Kg. Kinasaraban
  • SK Bundu Tuhan Kg. Bundu Tuhan
  • SK Lohan Kg. Lohan
  • SK Poring Kg. Poring
  • SK Bongkud Kg. Bongkud
  • SK Narawang Kg. Narawang
  • SK Langsat Kg. Langsat
  • SK Kirokot Kg. Kirokot
  • SK Napong 1 Kg. Napong
  • SK Perancangan Kg. Perancangan
  • Sk Timbua Kg. Timbua
  • Sk Tarawas Kg. Tarawas
  • SK Pinawantai Kg. Pinawantai
  • SK Togop Darat Kg. Togop Darat
  • SK Tibabar Kg. Tibabar
  • SK Nawanon Kg. Nawanon
  • SK Malinsou Kg. Malinsou
  • SK Kaingaran Kg. Kaingaran
  • SK Karagasan Kg. Karagasan
  • SK Mengkapoh Kg. Mengkapoh
  • SK Kananapon Kg. Muruk
  • SK Nalapak Kg. Nalapak
  • SK Matupang Kg. Matupang
  • SK Sagindai Kg. Sagindai
  • SK Paginatan Kg. Paginatan
  • SK Tampios Kg. Tampios
  • SK Nunuk Ragang Kg. Nunuk Ragang
  • SK Paus Kg. Paus
  • SK Tinanom Kg. Tinanom
  • SK Miruru Kg. Miruru
  • SK Pinausok Kg. Pinausok
  • SK Sagiban (Kg. Takutan)
  • SK Kawiyan Kg. Kawiyan
  • SK Tiang Kg. Tiang
  • SRJK Don Bosco Kg. Bundu Tuhan
  • SK Longut Kg. Longut
  • SK Sri Nukakatan Kg. Kigiwit
  • SK Sri Gabungan, Kg.Nasakot
  • SK Gusi, Kg. Gusi

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

  • SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau
  • SMK Bundu Tuhan Kg. Bundu Tuhan
  • SMK Kundasang Kg. Kundasang
  • SMK Matupang Kg. Matupang
  • SMK Timbua Kg. Timbua
  • SMK Lohan Kg.Lohan Ulu
  • SMK Ulu sugut Kg. Kaingaran
  • SMK (A) Mohd Ali Ranau
  • SMK Kemburongoh Kg. Kemburongoh
  • SMK Ranau
  • SMA Al - Irsyadiah Marakau

Hospital[sunting | sunting sumber]

  1. Hospital Ranau
  2. Dispensari Bundu Tuhan
  3. Dispensari Perancangan
  4. Dispensari Timbua
  5. Dispensari Kaingaran
  6. Dispensari Paginatan
  7. Dispensari kundasang

Masjid/Surau[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Pekan Ranau
  2. Masjid Pekan Kundasang
  3. Masjid Lama Kg. Lingkudau -Masjid pertama Daerah Ranau
  4. Masjid Lohan Ulu
  5. Masjid Al-Kausar Lohan
  6. Masjid Kg. Kundasang
  7. Masjid Kg. Nalapak
  8. Masjid Kg. Simpangan Randagong
  9. Masjid Kg. Timbua
  10. Masjid Kg. Tagudon Lama
  11. Masjid Kg. Libang
  12. Masjid Kg. Silou
  13. Masjid Kg. Karanaan
  14. Masjid Kg. Tanah Merah
  15. Masjid Kg. Kaingaran Ulu Sugut
  16. Masjid Kg. Kinapulidan
  17. Masjid Kg. Malinsau
  18. Surau Kg. Sumbilingon
  19. Surau Kg. Kimolohing
  20. Surau Kg. Kinasaraban
  21. Masjid Ar-Ridwan Kg. Mohimboyon
  22. Surau Kg. Tagudon Baru
  23. Surau Kg. Ratau
  24. Surau Lipantai, Kg Lipantai Mohimboyon

Gereja[sunting | sunting sumber]

  1. Gereja SIB Pekan Ranau
  2. Gereja St.Gabriel Perancangan Ranau
  3. Gereja St.Victor Bongkud Ranau
  4. Gereja SPCR Pekan Ranau
  5. Gereja St. Paul Pekan Ranau
  6. Gereja RC Bundu Tuhan
  7. Gereja Basel Pekan Ranau
  8. Gereja SIB Kg. Kibbas
  9. Gereja SIB Kg. Kinirasan
  10. Gereja SIB Kg. Poropot
  11. Gereja SIB Kundasang
  12. Gereja SIB Kg. Bundu Tuhan
  13. Gereja SIB Kg. Kapangian
  14. Gereja SIB Kg. Gana-Gana
  15. Gereja Retreat Centre Pinausok Kundasang
  16. Gereta RC Kg. Kebuh Baru
  17. Gereja SIB Kg. Tibabar
  18. Gereja SIB Kg. Marakau
  19. Gereja SIB Kg. Kokob Baru
  20. Gereja SIB Kg. Tudangan
  21. Gereja SIB Kg. Bongkud
  22. Gereja SDA Kg. Kilimu
  23. Gereja GPI Kg. Kandawayon
  24. Gereja SIB KG. Suminimpod
  25. Gereja SIB Kg. Narawang
  26. Gereja SIB Kg. Matan
  27. Gereja SIB Kg. matupang
  28. Gereja SIB Takutan Kg. Takutan
  29. Gereja Perkhabaran Injil (GPI) Kg. KAndawayon
  30. Gereja SIB Kg. Sagindai Lama
  31. Gereja SIB Kg. Muruk
  32. Gereja SIB Kawasan Malinsau
  33. Gereja SIB Waang, (SIWARA)
  34. Gereja SIB Togis Kg. Togis
  35. Gereja RC Kg.Nalumad
  36. Gereja SIB Nampasan Baru
  37. Gereja SIB Miruru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kemudahan Awam". sabah.gov.my/pd.rnu/. Dicapai pada 2020-02-09.
  2. ^ "Realiti Menyayat Hati". balqisbaltishabasyeerah.blogspot.co. 2011-05-11. Dicapai pada 2020-02-09.
  3. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Dicapai pada 2020-02-14.
  4. ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
  5. ^ "Sejarah". ww2.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-01-28.
  6. ^ Mariah, Ahmad (2015-06-07). "7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau". astroawani.com. Dicapai pada 2020-02-09.
  7. ^ "Gempa Sabah: Gegaran terkuat sejak 1976". hmetro.com.my. 2015-06-05. Dicapai pada 2020-02-09.
  8. ^ Ranau Berpotensi Jadi Daerah Penting Industri Koko: Bernard Dompok, BERNAMA.COM, 14 Ogos 2010. Dicapai 7 Oktober 2010.
  9. ^ Clarence, Dol (2020-02-08). "'Industri koko sumber pendapatan penting negara'". www.dailyexpress.com.my/news. Dicapai pada 2020-02-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]