Mohd Hashim Bin Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohamad Hashim Abdullah)
Tan Sri

Mohd Hashim Bin Abdullah

P.S.M., P.J.N., S.M.W., D.S.D.K., D.P.S.K., J.M.N., A.M.N
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Dalam jawatan
24 Januari 2016 – 1 Julai 2018
Didahului olehAbdul Aziz Mohd Yusof
Digantikan olehAzhar Azizan @ Harun
Butiran peribadi
LahirChe Mohd Hashim bin Abdullah
8 Oktober 1954[1]
Kota Bharu, Kelantan[2]

Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah ialah seorang penjawat awam Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dilantik pada 24 Januari 2016[3]. Perkhidmatan beliau sebagai pengerusi SPR telah dipendekkan sehingga 1 Julai 2018[4]. Sebelum dilantik sebagai pengerusi SPR, beliau merupakan Timbalan Pengerusi SPR yang dilantik pada 5 September 2014[5].

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mohd Hashim memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980 dan antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Beliau memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari 11 November 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014.

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-30. Dicapai pada 2017-03-29.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-30. Dicapai pada 2017-03-29.
  3. ^ "Hashim Abdullah Pengerusi Baharu SPR". mStar. 20 Januari 2016. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  4. ^ "Kontrak pengerusi SPR dipendekkan". mStar. 13 Jun 2018. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  5. ^ Bernama (September 2, 2014). "Mohd Hashim Abdullah dilantik Timbalan Pengerusi SPR baharu". BHarian. Dicapai pada 23 Disember 2021.
  6. ^ "103 dikurnia Darjah Kebesaran Persekutuan". Utusan Online. 9 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-28. Dicapai pada 28 September 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]