Mohamad Hazim Amzad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohamad Hazim bin Amzad)

Muhammad Hazim bin Amzad (lahir pada tahun 1999) ialah seorang pesilat Malaysia dari Chini Timur, Pekan, Pahang.[1]

Beliau bertanding dalam Kejuaraan Silat Remaja Dunia ke-3 pada tahun 2015 lalu memperolehi pingat emas melawan Muhammad Riansyauqi Mistam dari Singapura dalam kelas Putera C (47-51 kilogram) dengan keputusan 5-0.[2][3]

Pada tahun 2018, beliau bertanding dalam Sukan Asia di Indonesia dalam kelas C (55–60 kg) lalu memperoleh pingat gangsa.[4] Beliau turut bertanding dalam Kejohanan/Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2018 di Singapura lalu muncul juara dalam kelas C setelah mengalahkan Adilan Chemaeng dari Thailand dengan keputusan 4-1.[5]

Pada tahun 2019, beliau bertanding dalam Kejuaraan Pencak Silat Asia di Yanji, China lalu memperoleh pingat emas dalam kelas Putera C (55–60 kg).[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ DUN CHINI l Tribute Jasa & Kenangan Allahyarham Dato'Sri Abu Bakar Bin Hj Harun SIRI 1 (Video). Pemuda UMNO Pahang. 31 Mei 2020. Peritiwa berlaku pada 2:01. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  2. ^ Mohd Khairie Khalid (31 Disember 2015). "Malaysia juara Silat Remaja Dunia". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  3. ^ Bernama (31 Disember 2015). "Malaysia juarai Silat Remaja Dunia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  4. ^ Ian Johan Ariff (16 Disember 2018). "Hazim tumbangkan pesilat Thai untuk muncul juara dunia!". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  5. ^ Majlis Sukan Negara (17 Disember 2018). "Penutup 2018 Paling Bergaya Buat Kem Bina Badan, Pesilat Negara". Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2020. Dicapai pada 3 Jun 2020.
  6. ^ Bernama (29 Disember 2019). "M'sia raih 4 emas Kejuaraan Pencak Silat Asia di China". Malaysiakini.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  7. ^ BERNAMA (29 Disember 2019). "Malaysia raih empat emas di China". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.