Mohd Firdaus Ramlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Firdaus Ramlan (34 tahun) adalah seorang bekas majistret yang mempunyai pengalaman disabitkan dengan kesalahan rasuah. Beliau kini MERUPAKAN NAIB PENGERUSI 3 YAYASAN ANTI RASUAH (selangor). Beliau juga kini aktif menyampaikan mesej anti rasuah melalui ceramah dan sesi perkongsian sebenar mengenai kisah disebalik tirai besi.

Beliau menghuraikan secara terperinci mengenai punca-punca rasuah dan pengkhususan diberikan kepada apa yang telah dialami oleh beliau sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana individu lain. Beliau juga berkongsi pengalaman berkenaan dengan kesan dan bahana rasuah kepada keluarga dan diri sendiri terutama kepada aspek kehidupan yang lebih berat hukumannya. Sering tampil berceramah dengan tajuk TUMBUK RUSUK PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI.

Kini beliau juga aktif mengadakan sesi teambuilding versi integriti dan berprogram bersama MARA, TELEKOM MALAYSIA BERHAD, TENAGA NASIONAL BERHAD, KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN AGENSI AGENSI KERAJAAN.

Beliau juga turut menulis buku bertajuk TERSUGUNG DEK RASUAH dan kandungan buku tersebut menceritakan mengenai apa yang beliau terpaksa lalui akibat daripada kesalahan yang pernah dilakukan.

Diakui oleh ramai bahawa pada masa kini hanya beliau merupakan seorang bekas penghuni berkaitan dengan kes rasuah yang berani ke hadapan dan berkongsi dengan masyarakat mengenai bahana dan bahaya Rasuah serta kepentingan mengamalkan gaya hidup berintegriti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

www.malaysiagazette.com/[sunting | sunting sumber]

http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/aktiviti-pendidikan/1083-program-peningkatan-integriti-dan-pencegahan-rasuah-spr-ipma-siri-5-2015-bintulu-sarawak Diarkibkan 2017-05-27 di Wayback Machine