Mohd Noor Bin Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cendekiawan Islam
Mufti negeri Kelantan
Nama: Mohd Noor Bin Ibrahim
Gelaran: Dato Haji Mohd Noor Bin Ibrahim
Lahir: 20 Ogos, 1905
Wafat: 13 Februari, 1987
Mazhab: Syafii
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu
Bidang: Mufti Besar Kelantan


Dato' Haji Mohd Noor Bin Dato' Haji Ibrahim (1805 - 1987) dilantik sebagai mufti negeri Kelantan pada 1 Mei, 1968 bagi mengantikan Dato' Haji Ahmad Maher bin Haji Ismail, mufti negeri pada masa itu yang baru meninggal dunia. Dato' Haji Mohd Noor yang merupakan anak kepada Haji Ibrahim Yusuff ini dilahirkan pada 20 Ogos, 1905 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau menjadi mufti bagi negeri Kelantan sehingga beliau meninggal dunia pada 13 Februari, 1968.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di Mekah pada tahun 1923. Selepas pulang ke Kelantan, beliau telah dilantik sebagai Qadhi Besar Kelantan pada tahun 1937, dan pernah memangku jawatan Mufti Khas di antara 1 September, 1941 sehingga 28 Oktober, 1944, sebelum jawatan ini kemudian dihapuskan. Bermula tahun 1949 sehingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru di Jami’ Merbau al-Ismail (kini Maahad Muhammadi). Pada pertengahan 1965 sehingga April 1968, beliau bekerja di Masjid Negara Kuala Lumpur, dengan berkhidmat sebagai guru di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru ditubuhkan (kini Dar-al-Qur’an).

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.