Mohamad Shukri Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahibus Samahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji

Mohamad Shukri Mohamad

SPSK, DPSK (Kelantan)
Mufti Kelantan
Memegang jawatan
1 Januari 2008
TimbalanNik Abdul Kadir Nik Mohamad (2011–kini)
Che Mohd Rahim Jusoh (2008–2010)
Didahului olehHasbullah Mohd Hassan
Timbalan Mufti Kelantan
Dalam jawatan
15 April 1991 – 31 Disember 2007
Didahului olehHasbullah Mohd Hassan
Digantikan olehChe Mohd Rahim Jusoh
Butiran peribadi
Lahir (1945-09-17) 17 September 1945 (umur 78)
Kota Bharu, Kelantan
KediamanLot 2241, Jalan Dato’ Lundang, Kampung Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
PendidikanMaahad Muhammadi Kota Bharu, Kelantan
Yayasan Pengajian Tinggi Islam
Universiti Al-Azhar, Mesir
PekerjaanGuru
Mufti
Ulama

Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad ialah seorang agamawan di Malaysia. Beliau kini merupakan Mufti Kelantan yang dilantik sejak 1 Januari 2008.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi guru pendidikan Islam di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor dan SMK Agama Falahiah, Tumpat, Kelantan. Beliau juga pernah menjadi pegawai agama di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1989. Pada 1990, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Mufti Negeri Kelantan sebelum dilantik secara rasmi pada 15 April 1991.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

1) Undangan selaku Pembentang Kertas Kerja Seminar Fatwa dalam Kesejahteraan Ummah.

2) Jemputan Ceramah Khas & Pembentangan Kertas Kerja dalam Seminar Jaringan Fatwa di Thailand Kali – 1.

Bertajuk: "Pengurusan Fatwa antara Kepentingan dan Masa Depan: Satu Pengalaman di Kelantan”.

3) Jemputan Ke Persidangan Organisasi Fatwa Sedunia Anjuran Darul Ifta’ Kaherah, Mesir.

Aktiviti sosial[sunting | sunting sumber]

i) Penceramah di Radio Kelantan FM.

ii) Tenaga Pengajar & Pengkuliah di Masjid-Masjid.

iii) Penyampai Khutbah Jumaat & Hari Raya.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]