Mufti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Mufti (Arab: مفتي) adalah seorang ahli hukum Islam yang berkelayakan untuk mengeluarkan pendapat (fatwa) yang tidak terikat mengenai hukum syarak (syariah).[1][2] Perbuatan mengeluarkan fatwa disebut iftāʾ.[3] Mufti dan fatwa mereka memainkan peranan penting sepanjang sejarah Islam, mengambil peranan baru di era moden.[4][5] Mufti boleh dianggap sebagai penasihat agama Islam, yang juga merupakan tonggak penasihat agama Islam bagi sesebuah negara mahupun negeri.[6]

Setiap seorang Mufti biasanya mempunyai panggilan ataupun gelaran dihadapan namanya. Gelaran yang selalu digunakan ialah "Sahibus Samahah" yang beerti 'yang memiliki sifat toleransi'. Ini kerana Mufti sudah cukup terkenal untuk disamakan dengan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan sebarang fatwa. Dan semua fatwa yang dikeluarkan adalah bersandarkan kepada hukum Al-Quran, Hadis Rasulullah, Qiyas dan Ijmak Ulama. Kebanyakan kes-kes yang melibatkan hubungan antara manusia, adat dan agama pada hari ini agak sukar untuk diselesaikan kerana kes-kes yang berbangkit hanya wujud pada zaman mutakhir ini dan sudah tentunya setiap Mufti perlu melakukan penilaian tepat dan bertoleransi kepada setiap hukum yang akan dikeluarkan mengikut persekitaran dan keadaan semasa.

Etika seorang mufti[sunting | sunting sumber]

Mufti tentunya seorang yang pakar, terbukti pakar dan pernah belajar di universiti dalam mahu di luar negara serta amat mahir dalam bahasa Arab agar mudah dan mampu menterjemah dan mentafsir al-Quran dan Hadith. Sepatutnya mufti yang dilantik itu sesuai dengan bidang pengajiannya di universiti dan mampu menguasai beberapa bahasa terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Seorang mufti haruslah berani melawan arus dan mampu berbeza pendapat dengan umara (pentadbir kerajaan) selagi ia menepati dengan hukum syarak demi menegakkan syariat Islam. Mufti perlulah bersifat bebas tanpa terikat atau bersekutu dengan kerajaan oleh kerana menjaga periuk nasi dan menanti habuan dunia. Sebaliknya pula harus berbeza dengan pembangkang yang anti-kerajaan.

Mufti adalah ulama, iaitu pewaris Nabi, dan perlu amar ma'ruf nahi munkar tanpa takut kepada manusia biasa. Seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan hukum sendiri, sesuatu perbuatan yang seolah-olehnya menyamai taraf dengan Allah. Mufti haruslah mengikuti perkembangan pendapat ulama kontemporari dan tidak dikongkong oleh ulama silam semata-mata. Ulama luar negara haruslah dijadikan rujukan, pegangan dan bersilang mazhab dan fikrah.

Mufti mestilah bijaksana, diplomasi dan bijak kompromi dan boleh mengawal situasi apabila berhujah, mampu memberikan dalil-dalai dan nas yang digunakan semasa berhujah semasa berhadapan dengan tentangan masyarakat dan pemerintah sendiri. Mufti mestilah berani setiap ketika untuk membentangkan kertas kerja berlandaskan isu semasa dan gawat. Untuk itu, mufti mestilah berkata benar walaupun pahit. Mereka mestilah muhasabah diri, muhasabah diri dan muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.

Mufti seharusnya mempunyai pemikiran terkini, terbuka luas dengan hubungan intim dengan ulama luar negara yang jauh lebih berkaliber. Sumber rujukan mufti mestilah yang kukuh dan tidak sekadar mengutip sumber kedua, dan meluas, iaitu tidak setakat di kalangan ulama semata-mata tetapi juga umara. Mereka yang pakar dari sesebuah universiti haruslah dihubungi, dirunding, diminta pendapat dan diadakan persidangan yang lebih kerap serta sentiasa membuat kajian demi kajian. Segala maklumat tentang sesuatu perkara hendaklah tidak dikeluarkan secara tergesa-gesa. Sebaliknya ditimbang secara bijaksana dan akuilah adalah orang lain yang lebih bijak dan juga warak.

Kalau dahulu masjid adalah tempat ilmu, tetapi kini berpindah ke universiti. Oleh itu mufti haruslah dekat atau berlegar, berinteraksi dengan mereka yang berada di universiti. Ini kerana universiti adalah institusi ilmu yang paling tinggi.

Mengikut negeri[sunting | sunting sumber]

Afrika Selatan Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Albania Albania[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Hafiz Sabri Cocki (Mufti Besar Albania)

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Ismail Ndroqi (Bekas Mufti Durres)

Amerika Syarikat Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Arab Saudi Arab Saudi[sunting | sunting sumber]

Pasca penubuhan Arab Saudi moden, jawatan Mufti Besar mula diperkenalkan pada tahun 1953[7]. Mufti Besar juga berperanan juga sebagai ketua Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan. Mufti Besar Arab Saudi kini disandang oleh Syeikh Abdulaziz bin Abdullah Al al-Syeikh sejak 1999.

Australia Australia & New Zealand New Zealand[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Taj El-Din Hilaly (Bekas Mufti Besar Australia )

Azerbaijan Azerbaijan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Allah-Shakur bin Hemmat Bashazada (Mufti Besar Azerbaijan)

Belarus Belarus[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Alexandrovich Izmail (Mufti Belarus)

Bosnia-Herzegovina Bosnia-Herzegovina[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

Brunei Darussalam Brunei[sunting | sunting sumber]

Mufti di Brunei merupakan jawatan bertaraf menteri dan dilantik oleh Sultan Brunei. Ia ditubuhkan pada 1962. Sehingga kini terdapat dua orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Kerajaan Brunei terkini ialah Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Hj Awang Abdul Aziz bin Juned yang dilantik sejak 1994.

Bulgaria Bulgaria[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Croatia Croatia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Sefko ef. Omerbasic (Mufti Besar Croatia)
  • Ismet Muftic [Bekas Mufti Croatia)

Cyprus Utara Cyprus Utara[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Emiriah Arab Bersatu Emiriah Arab Bersatu[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Al-Habib Ahmad bin Abd Al-Aziz Al-Haddad (Ketua Mufti Dubai)

Eritrea Eritrea[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Alamin Usman Alamin (Mufti Eritrea)

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Ibrahim Mukhtar (Bekas Mufti Eritrea)

Filipina Filipina[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Omar Pasigan (Mufti Besar Kepulauan Mindanao)

Greece Greece[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

India India[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Sheikh Abubakr Ahmad (Mufti Besar India)[8]
  • Mufti Azam Bashir-ud-din (Mufti Besar Kashmir)
  • Syed Muhammed Afzal Hussain (Mufti Bareily Shariff)

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Sayed Muhammad Amimul Ehasan Barkati (Bekas Mufti Besar Kolkata)

Iran Iran[sunting | sunting sumber]

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Mirza Ibrahim (Bekas Ketua Mufti Shiraz)

Iraq Iraq[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Rafi' Taha Al Rifa'i Al Ani (Mufti Besar Iraq)

Itali Itali[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Jordan Jordan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Nuh Ali Salman Al-Qudah (Mufti Besar Jordan)
  • Abd Al-Karim Salim Sulayman Al-Khasawneh (Mufti Angkatan Tentera Jordan)

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Izz Al-Din Al-Tamimi (Bekas Mufti Besar Jordan)
  • Sa'id Hijjawi (Bekas Mufti Besar Jordan)

Kazakhstan Kazakhstan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Absattar Bagisbayevich Derbisali (Mufti Agung Kazakhstan)

Kemboja Kemboja[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Okhna Haji Kamaruddin Yusof (Mufti Kemboja)

Kosovo Kosovo[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Naim Trnava (Mufti Besar Kosovo)

Lubnan Lubnan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Mohammad Rashid Qabbani (Mufti Besar Lubnan)
  • Khaled Al-Sulh (Mufti Baalbek)
  • Khalil Al-Mays (Mufti Zahleh dan Beqa'a Barat)
  • Muhammad Hasan 'Usayran (Mufti Mazhab Ja'afari Sidon dan Al-Zahrani)
  • Dr. Ussama Al-Rifaei (Mufti Akkar)

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Burhan Al Deen Ibraheem ibn Ali Al Atassi (Bekas Mufti Tripoli)
  • Yaseen ibn Ibraheem Al Atassi (Bekas Mufti Tripoli)

Macedonia Macedonia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Malaysia Malaysia[sunting | sunting sumber]

Malaysia tidak mempunyai Mufti Besar atau Mufti Negara[9] disebabkan bidang kuasa agama Islam terletak di bawah negeri, bukan Persekutuan. Oleh sebab itu, setiap negeri mempunyai seorang mufti. Terdapat empat belas orang mufti di Malaysia dari setiap negeri iaitu Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah (Wilayah Persekutuan), Dato’ Haji Yahya Ahmad, (Johor), Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Awang (Kedah), Prof. Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Perlis),Dato' Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (Pulau Pinang), Dato' Dr. Haji Zulkiply Haji Muda (Terengganu), Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil (Melaka), Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad (Negeri Sembilan), Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad (Kelantan), Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman Haji Osman (Pahang), Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid (Selangor), Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani Haji Zakaria (Perak), Datuk Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar (Sabah), dan Datu Haji Kipli Haji Yassin (Sarawak).

Mesir Mesir[sunting | sunting sumber]

Institusi mufti mula diwujudkan di Mesir pada 1895[10] dengan penubuhan Dar al-Ifta Mesir semasa Mesir di bawah taklukan Uthmaniyah. Mufti Besar merupakan satu daripada empat jawatan agama Islam yang penting di Mesir selain Imam Besar Al-Azhar, Presiden Universiti Al-Azhar dan Menteri Wakaf Mesir yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam. Mufti Besar Mesir kini disandang oleh Syeikh Shawki Ibrahim Abdel-Karim Allam sejak 2013.

Moldova Moldova[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Montenegro Montenegro[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Negara Thai Negara Thai[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Oman Oman[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Ahmad Al-Khalili (Mufti Besar Oman)

Pakistan Pakistan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad Rafi Usmani (Mufti Besar Pakistan)

Palestin Palestin[sunting | sunting sumber]

Institusi mufti di Palestin diwujudkan pada zaman pemerintahan tentera British pada 1918 [11][12] . Mufti Besar Baitulmaqdis merupakan ilmuwan yang bertanggungjawab terhadap urusan Islam di Baitulmaqdis dan pengurusan Masjid al-Aqsa[13]. Mufti Besar Baitulmaqdis kini disandang oleh Syeikh Muhammad Ahmad Hussein sejak 2006.

Perancis Perancis[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Poland Poland[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Tomasz Miskiewicz (Mufti Poland)

Romania Romania[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Rusia Rusia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Gabdessalyam Gabdrakhimov (Bekas Mufti Orenburg)
  • Gabdulvakhid Suleymanov (Bekas Mufti Orenburg)
  • Mukhammed-Safa Bayazitov (Bekas Mufti Orenburg)
  • Mukhammed-yar Sultanov (Bekas Mufti Orenburg)
  • Mukhammed-zhan Khusainov (Bekas Mufti Orenburg)
  • Salimgarey Tevkelev (Bekas Mufti Orenburg)

Rwanda Rwanda[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Sheikh Saleh Habimana (Ketua Mufti Rwanda)

Senegal Senegal[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Shaykh Hassan Ali Cisse (Mufti Besar Senegal)

Serbia Serbia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Adem Zilkic (Mufti Besar Serbia)
  • Naim Trnava (Mufti Besar Kosovo)
  • Fadil Murati (Mufti Vojvodina)
  • Hasib Suljevic (Mufti Sandzak - Pro-Serbia)
  • Muamer Zukorlic (Mufti Sandzak - Pro-Bosnia)

Singapura Singapura[sunting | sunting sumber]

Mufti di Singapura merupakan salah satu jawatan agama yang melengkapi Majlis Ugama Islam Singapura. Jawatan ini diwujudkan sejak 1967 dan dilantik oleh Presiden Singapura selepas berbincang dengan MUIS. Sehingga kini terdapat empat orang mufti telah dan sedang berkhidmat. Penyandang Mufti Negara Singapura terkini ialah Dr Naziruddin Mohd Nasir yang dilantik sejak Mac 2020[14].

Slovenia Slovenia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Sweden Sweden[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Muhammad Al Ya'qoubi (Mufti Sweden)

Syria Syria[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Ahmad Badr Al-Din Hassoun (Mufti Besar Syria)
  • Dr. Abdul-Fattah Al-Bizm (Mufti Damsyik)

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Ahmed Muhammad Amin Kuftaro (Bekas Mufti Besar Syria)
  • Badr Al Deen ibn Mahmood Al Atassi (Bekas Mufti Homs)
  • Mohammad Taher ibn M. Khaled Al Atassi (Bekas Mufti Homs)
  • Mohammad Tawfeeq ibn Abdul Lateef Al Atassi (Bekas Mufti Homs)
  • Mohammad Tayyeb ibn Abdul Fattah Al Atassi (Bekas Mufti Homs)

Trinidad dan Tobago Trinidad dan Tobago[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Tunisia Tunisia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Kamal El-Din Ja'eit (Mufti Besar Tunisia)

Turki Turki[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Prof. Dr. Mustafa Çağrıcı (Mufti Istanbul)

Turkmenistan Turkmenistan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Uganda Uganda[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Shaban Ramathan Mubajie (Mufti Uganda)

Ukraine Ukraine[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

United Kingdom United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Uzbekistan Uzbekistan[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

Bekas Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Abdurahman Bakhromov (Bekas Mufti Besar Uzbekistan)
  • Muhammad Sodiq Mohammad Yusuf (Bekas Mufti Besar Uzbekistan)

Yaman Yaman[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Al-Habib Ali Mashhour bin Muhammad (Ketua Majlis Fatwa Tarim)

Zambia Zambia[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Abdullah Mwale (Mufti Besar Zambia)

Zimbabwe Zimbabwe[sunting | sunting sumber]

Mufti[sunting | sunting sumber]

  • Abu Fawzaan Ismail ibn Musa Menk (Mufti Zimbabwe)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nanji 2009.
  2. ^ Swartz 2009.
  3. ^ Hendrickson 2013.
  4. ^ Masud & Kéchichian 2009.
  5. ^ Dallal & Hendrickson 2009.
  6. ^ http://perak.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1333:mufti-perak-harus-bertaubat-dewan-ulama-pas-perak&catid=48:dewan-ulama&Itemid=128
  7. ^ Hatina, Meir (2008). Guardians of faith in modern times: ʻulamaʼ in the Middle East. m/s. 221. ISBN 978-90-04-16953-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ Arifin, Oleh Latifah (2019-04-19). "Rujuk pertikaian agama kepada ulama berkredibiliti, diiktiraf". Berita Harian. Media Prima Berhad. Dicapai pada 2019-08-22.
  9. ^ BERNAMA (5 November 2008). "Tiada hasrat wujudkan jawatan Mufti Negara". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  10. ^ Abdul Muhaimin Mahmood (2019). Sedekad JAKIM Di Mesir: Memacu Hubungan Strategik Antara Mesir dan Malaysia Dalam Bidang Hal Ehwal Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. m/s. 222. ISBN 978-967-10972-4-3.
  11. ^ See Islamic Leadership in Jerusalem for further details
  12. ^ The terminology was used as early as 1918. For example: Taysīr Jabārah (1985). Palestinian Leader Hajj Amin Al-Husayni: Mufti of Jerusalem. Kingston Press. ISBN 978-0-940670-10-5. states that Storrs wrote on November 19, 1918 "the Muslim element requested the Grand Mufti to have the name of the Sharif of Mecca mentioned in the Friday prayers as Caliph"
  13. ^ Friedman, Robert I. (2001-12-06). "And Darkness Covered the Land". The Nation. Dicapai pada 2007-09-13.
  14. ^ "New Mufti appointed as MUIS sees changes to senior religious leadership". CNA. 9 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-29. Dicapai pada 3 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]