Mohd Nor Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd. Nor Awang merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Tuduhan rasuah 1[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Ogos 2008 jam 12.00 tengah hari Mohd Nor Awang dituduh memberi sogokan RM200 di dalam kereta plat NBK 16 di di belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang kepada Rezwat Shahril Zainal Ariffin ,Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat, Seremban , Negeri Sembilan. Tujuan sogokan agar Rezwat mencalonkannya untuk Ketua Bahagian UMNO Seremban 2008-2011 dalam Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Taman Zaiton Indah pada 3 Ogos 2008.

Tuduhan rasuah 2[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Ogos 2008 beliau dituduh memberi wang sogokan RM500.00 dalam kereta NBK 16 , kepada Rezwat agar mengundinya dalam pencalonan Ketua UMNO Seremban. Beliau ditahan oleh BPR di tempat letak kereta pusat beli-belah Centre Point , Jalan Siamang Gagap, Seremban, Negeri Sembilan . Ibu Pejabat BPR Negeri Sembilan di Seremban telah mencatat segala butiran kejadian itu daripada beliau.

Ini merupakan kes pertama politik wang membabitkan pemilihan UMNO penggal 2008-2011. Mohd. Nor mendapat 13 pencalonan manakala Datuk Ishak Ismail mendapat 9 pencalonan selepas 22 daripada 67 cawangan mengadakan mesyuarat masing-masing. Ishak Ismail ialah Ketua Bahagian UMNO Seremban. [1]

Siasatan BPR[sunting | sunting sumber]

Jika terdapat bukti kukuh beliau akan didakwa bawah Seksyen 10 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 .Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun selain denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Hakim Allaudeen Ismail membebaskan beliau dibebaskan dengan jaminan RM3500.00 dengan seorang penjamin. Pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah manakala Mohd. Nor diwakili peguam Abdul Halim Lokman. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah manakala Mohd. Nor diwakili peguam Abdul Halim Lokman Naib Ketua UMNO Seremban hadapi dua tuduhan rasuah.

Bebas tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Ogos 2009, Mohd Nor Awang dibebaskan oleh Hakim Zamri Bakar di Mahkamah Sesyen Seremban daripada dua tuduhan memberi rasuah untuk tujuan politik. Pendakwa gagal memnbuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tuduhan itu, masing-masingnya membabitkan wang tunai RM200 dan RM500.Beliau dipertahankan oleh barisan peguam bela terdiri daripada Raftfizi Zainal Abidin, S. Parameswaran dan G. Jayaprakash.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]