Mohd Nor bin Mohd Yusofe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Yusnor Ef" dilencongkan di sini.
Yusnor Ef
Yusnor EfNew.jpg
Latar belakang
Nama lahirMohd Nor bin Mohd. Yusofe
Juga dikenali sebagai
Yusnof Ef
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenulis Lirik
Tahun aktif1970-an
Syarikat rakaman
EMI

Mohd Nor bin Mohd. Yusofe atau dikenali sebagai Yusnor Ef, dilahirkan pada 12 September 1937 adalah pemuzik di Malaysia dan Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan seorang guru di Singapura dan kemudian beralih tugas sebagai penulis buku teks di Kementerian Pendidikan Singapura. Sebelum bersara Yusnor Ef pernah menjawat jawatan sebagai Penerbit TV Pendidikan (Educational Television Programme) Kementerian Pendidikan Singapura. Beliau aktif menulis lirik lagu sejak tahun 1959 dan telah menghasilkan lebih 250 buah lirik lagu sehingga kini.  Semasa P.Ramlee berada di Singapura , Yusnor Ef sering ke rumahnya di Cedar Avenue mempelajari secara individu cara-cara menulis screenplay dengan beliau. Senikata pertama untuk filem ialah lagu hasil ciptaan P.Ramlee filem arahan S.Kadarisman berjudul "Tunggal" . Antaranya ialah Joget Istana, Tari Panglima dan Bermandi Manda semuanya nyanyian Norli Ismail. Antara lagu-lagu rakaman piring hitam nyanyian P.Ramlee yang liriknya ditulis oleh Yusnor Ef ialah Senjakala(Ciptaan P.Ramlee) dan Lanang Tunang Tak Jadi ciptaan Kassim Masdor. Beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah COMPASS, Presiden PERKAMUS (Persatuan Penyanyi dan Karyawan Muzik Melayu Singapura), selain memikul jawatan penting di Majlis Seni Kebangsaan (NAC)sebagai Chairman Malay Music Development Committee, dan juga sebagai Penasihat MusicSG (NLB). Beliau pernah menghasilkan beberapa buah buku tentang P. Ramlee dan muzik Melayu antaranya ialah P.Ramlee Yang Saya Kenal, 7 Tokoh Muzik, Dendang Temasek dan Muzik Melayu sejak 40-an. Selain dari itu beliau juga menerbitkan program dokumentari televisyen melalui saluran di ASTRO seperti P.Ramlee Dalam Kenangan, Gemilang Filem Melayu (3 Siri), Bicara Lagenda, Sayang Disayang, Anak Gemilang Malaysia (P.Ramlee dan Pendita Zaaba), P.Ramlee Di Persada Global, Melodi P.Ramlee, telemovie: Tiga Menantu dan Pengantin Satu Malamdan . Sementara di RTM, antaranya : Ketipang Payung, Aku Dia dan Lagu(Siri 1 dan 2), Aduh Emak Kahwinkan Aku, Kenangan Mengusik Jiwa, Senandung Kasih dan Getaran Jiwa P.Ramlee. Drama bersiri: Orang Kita. Di Suria Singapura: Rentra (Rentasan Muzik Nusantara). Menerbitkan Kompalasi Lagu-lagu "Aku Dia dan Lagu" lirik Yusnor Ef disertakan dengan lima buah CD.Kini beliau juga sebagai penceramah bebas di institusi dan universiti tentang muzk Melayu, P.Ramlee dan filem Melayu. Beliau juga penerima beberapa anugerah dari pihak Pemerintah, antaranya Pengat Bakti Setia (PNS ), Pingat Bakti Masyarakat ( PBM ) dan terakhir beliau dianugerahkan pingat "Cultural Medallion Award" pada 2011 dari Presiden Singapore Hon.Tony Tan. [1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Komposer Senandung Seniman Agung P.Ramlee & Bintang Legenda Filem Melayu